Friday 2 December 2011

48.UNDANG-UNDANG FUTSAL

Faul dalam Permainan Futsal
(a)sepakan bebas terus
(b)sepakan penalti
(c)sepakan bebas tidak langsung
(d)sepakan penalti selepas 5 jumlah penalti
(e)sepak masuk
(f)pembebasan gol
(g)sepakan sudut
(h)tempoh lebih masa

Kesalahan yang Dilayangkan Kad Kuning
(a)pemain gantian memasuki gelanggang dari kawasan yang salah atau sebelum pemain yang digantinya meninggalkan gelanggang
(b)pemain secara berterusan melanggar peraturan permainan
(c)pemain menyangkal/membantah keputusan pengadil
(d)tidak menunjukkan semangat kesukanan
(e)melambatkan permulaan perlawanan
(f)gagal menghormati jarak 15 kaki yang diperlukan semasa melakukan sepakan percuma
(g)sengaja menghalang penjaga gol daripada melakukan sepakan atau hantaran

Kesalahan yang Dilayangkan Kad Merah dan Dibuang Gelanggang
(a)perbuatan tidak jujur yang serius seperti menggunakan kekerasan yang berlebihan
(b)perlakuan yang ganas di dalam atau di luar padang
(c)meludah ke arah pemain lawan atau sesiapa sahaja
(d)sengaja menghalang peluang untuk menjaringkan gol dengan menahan bola dengan tangan dalam kawasan penalti
(e)sengaja menghalang peluang penjaringan gol dengan melakukan satu kesalahan
(f)menggunakan kata-kata atau isyarat yang kasar dan kesat
(g)menerima amaran kedua (kad kuning yang kedua)dalam perlawanan berkenaan

Kesalahan Jurulatih atau Penonton yang Boleh Dibuang Gelanggang
(a)berkelakuan kasar
(b)menggunakan kata-kata kasar atau kesat
(c)diberi amaran kedua (kad kuning yang  kedua) 

47.CARA BERMAIN FUTSAL

Bola
*berbentuk bulat
*kulit bola diperbuat daripada bahan tiruan
*ukur lilit 62-64 cm
*berat antara 400-440 g

Gelanggang
*pertandingan biasa
-panjang (25-42 cm)
-lebar (15-25 m)
*pertandingan antarabangsa
-panjang (38-42 m)
-lebar (18-25 m)

Tempoh Perlawanan
*tempoh permainan
*waktu rehat separuh masa
*waktu rehat pasukan
*elaun masa untuk waktu terbuang

Bilangan Pemain
*tidak melebihi 5 orang pemain termasuk penjaga gol
*dibenarkan mendaftar sehingga 7 orang pemain simpanan
*pertukaran dibenarkan pada setiap setiap masa
*pemain gantian perlu mendapatkan kebenaran daripada pengadil terlebih dahulu
*semua pemain boleh menggantikan penjaga gol

Memulakan Perlawanan
*penentuan pasukan permulaan
*memulakan sepak mula
*bola di luar masa permainan
*jaringan gol

45.SEJARAH FUTSAL

Sejarah Awal
*1930 Dikatakan bermula di Montevideo,Uruguay
*Diperkenalkan oleh Juan Carlos Ceriani
*Versi 5 lawan 5 dimainkan di atas gelanggang seluas saiz gelanggang bola keranjang
*Dimainkan di luar dan di dalam dewan tanpa dinding tepi
*Futsal berasal daripada perkataan Sepanyol atau Portugis iaitu futbol atau futebol dan perkataan dalam dewan berasal dari Perancis atau Sepanyol iaitu salon atau sala
*Di Amerika,futsal dikenali sebagai Mini Soccer sebelum dipanggil futsal

Perkembangan Futsal
*permainan futsal dikenali sebagai permainan 'lima sebelah'
*futsal berkembang pesat di seluruh Amerika Selatan terutamanya Brazil
*Pele,Zico,Socrates,Bebeto dan pemain Brazil yang lain,membangunkan kemahiran bermain bola sepak mereka dengan bermain futsal
*1965 Paraguay memenangi pertandingan antarabangsa pertama The First South American Cup
*Brazil memenangi kesemua pertandingan yang dianjurkan selepas tahun tersebut hingga tahun 1979
*1980 Brazil sekali lagi menjuarai The First Pan American Cup dan turut menjuarainya pada tahun 1984
*1982 Pertandingan dunia pertama The First Futsal World Championship diadakan di Sao Paulo telah dimenangi oleh Brazil
*pertandingan dunia seterusnya diadakan di Sepanyol (1985),Australia (1988)
*FIFA mengawal sepenuhnya pertandingan dunia di Holland (1989),Hong Kong(1992),Sepanyol(1996),Guatemala(2000) dan di Taipei (2004)

Pertandingan Futsal di Peringkat Dunia
*1982-FIFUSA World Futsal Championship dianjurkan setiap 3 tahun sehingga tahun 2000
*2002-AMF World Futsal Championships diperkenalkan
*2003-dianjurkan setiap 4 tahun
*1989-FIFA Futsal World Cup diperkenalkan dan dianjurkan setiap 4 tahun

Pertandingan Futsal di Peringkat Asia
*1999-AFC Futsal Championship melibatkan pasukan kebangsaan negara-negara Asia.Dianjurkan setiap tahun
*2005-Asian Indoor Games Futsal Championships dianjurkan setiap dua tahun
*2001-ASEAN Futsal Championship diperkenalkan.Dianjurkan setiap dua tahun pada 2003 dan 2005.Sejak 2006,pertandingan ini dianjurkan setiap tahun

44.UNDANG-UNDANG BOLA SEPAK

Bola Masuk dan Keluar
Seluruh bahagian bola perlu melepasi garisan tepi atau garisan gol

Jaringan Gol
Apabila seluruh bahagian bola melepasi garisan gol pemenang di tentukan dengan jaringan gol yang terbanyak.

Kesalahan yang Dilayangkan Kad Kuning
(a)tidak menunjukkan semangat kesukanan.
(b)membantah/menyangkal keputusan pengadil dengan perlakuan atau kata-kata
(c)melanggar peraturan secara berterusan.
(d)melambatkan permulaan perlawanan
(e)gagal menghormati jarak yang diperlukan semasa permainan bermula dengan sepakan sudut atau sepakan percuma
(f) keluar atau memasuki semula padang tanpa keizinan daripada pihak pengadil
(g)sengaja meninggalkan padang permainan tanpa keizinan daripada pihak pengadil

Kesalahan yang Dilayangkan Kad Merah dan Dibuang Padang
(a)perbuatan tidak jujur yang serius seperti menggunakan kekerasan yang berlebihan
(b)perlakuan yang ganas di dalam atau di luar padang
(c)meludah ke arah pemain lawan atau sesiapa sahaja
(d)sengaja menghalang peluang untuk menjaringkan gol dengan menahan bola dengan menggunakan tangan dalam kawasan penalti
(e)menggunakan kata-kata atau isyarat yang kasar dan kesat
(f)menerima amaran kedua (kad kuning yang kedua) dalam perlawanan berkenaan.

43.CARA BERMAIN BOLA SEPAK

Bola
*berbentuk bulat
*diperbuat daripada kulit atau bahan lain
*ukur lilit 68-70 cm
*berat 410-450 g

Bilangan Pemain
*tidak melebihi 11 orang pemain termasuk penjaga gol
*3-7 orang pemain simpanan
*Pertukaran pemain dibenarkan sebanyak 3 kali sahaja
*Nama pemain simpanan perlu dihantar kepada pengadil
*Semua pemain boleh menggantikan penjaga gol

Tempoh Perlawanan
*keseluruhan masa permainan ialah 90 minit iaitu 45 minit untuk separuh masa pertama dan 45 minit lagi untuk   separuh masa kedua.
*waktu rehat separuh masa tidak melebihi 15 minit.

*Memulakan Perlawanan atau Memulakan Semula Perlawanan
 -penentuan pasukan permulaan-adakan lambungan syiling untuk menentukan pasukan yang akan  memulakan perlawanan
-pasukan yang menang lambungan syiling akan memulakan perlawanan semasa pertengahan masa
-kedua-dua pasukan akan bertukar dan menyerang gol pihak lawan selepas rehat separuh masa
*sepak mula
  -pada permulaa perlawanan selepas gol dijaring
  -pada permulaan pertengahan masa kedua
  -pada permulaan waktu masa tambahan

42.KEJURULATIHAN(3)

1.Pastikan pemain bermain dengan semangat kesukanan
 *Beri tepukan
 *Bersalaman
 *Ucapkan terima kasih

2.Membuat analisis keseluruhan
  *Kenal pasti kelemahan pemain
  *Kekurangan taktik
  *Kekurangan kejurulatihan

3.Jurulatih dan penolong jurulatih membuat catatan 
  *Catat kekuatan dan kelemahan pemain
  *Catat kekuatan dan kelemahan pasukan sendiri
  *Catat taktik pemain sendiri dan pemain pihak lawan
    -kejayaan pelan permainan
    -pencapaian setiap pemain yang bermain
    -penilaian tingkah laku,semangat kesukanan dan semangat juang

4.Menyediakan laporan
  *Laporan lengkap dibuat
  *Laporan dibuat secara bertulis
  *Laporan termasuk cadangan latihan dan strategi baharu

41.KEJURULATIHAN(2)

TANGGUNGJAWAB SEMASA PERLAWANAN


1.Di tempat pertandingan
*Berada di tempat pertandingan 1-1 1/2 jam sebelum perlawanan bermula
*Membiaskan diri dengan padang dan keadaan sekeliling

2.Mesyuarat sebelum perlawanan
*Perjumpaan ringkas sebelum sesi memanaskan badan
*Jurulatih mengemukakan pelan permainan
*Jurulatih mengesahkan taktik permainan
*Jurulatih memotivasikan para pemain

3.Sesi memanaskan badan 
*Aktiviti latihan
*Aktiviti am dan aktiviti khusus
*Prestasi pemain diawasi

4.Membuat pilihan bahagian padang
*Menilai keadaan padang
*Perhatikan sifat padang dan keadaan sekeliling
*Pilihan padang berdasarkan penilaian dan pemerhatian

5.Membuat analisis prestasi perlawanan semasa
*Cadangkan pembentuan kelemahan
*Maklumkan strategi semasa waktu rehat

6.Mengawal tingkah laku
*Pemain yang sedang bermain
*Pemain simpanan
*Kakitangan lain