Friday 2 December 2011

48.UNDANG-UNDANG FUTSAL

Faul dalam Permainan Futsal
(a)sepakan bebas terus
(b)sepakan penalti
(c)sepakan bebas tidak langsung
(d)sepakan penalti selepas 5 jumlah penalti
(e)sepak masuk
(f)pembebasan gol
(g)sepakan sudut
(h)tempoh lebih masa

Kesalahan yang Dilayangkan Kad Kuning
(a)pemain gantian memasuki gelanggang dari kawasan yang salah atau sebelum pemain yang digantinya meninggalkan gelanggang
(b)pemain secara berterusan melanggar peraturan permainan
(c)pemain menyangkal/membantah keputusan pengadil
(d)tidak menunjukkan semangat kesukanan
(e)melambatkan permulaan perlawanan
(f)gagal menghormati jarak 15 kaki yang diperlukan semasa melakukan sepakan percuma
(g)sengaja menghalang penjaga gol daripada melakukan sepakan atau hantaran

Kesalahan yang Dilayangkan Kad Merah dan Dibuang Gelanggang
(a)perbuatan tidak jujur yang serius seperti menggunakan kekerasan yang berlebihan
(b)perlakuan yang ganas di dalam atau di luar padang
(c)meludah ke arah pemain lawan atau sesiapa sahaja
(d)sengaja menghalang peluang untuk menjaringkan gol dengan menahan bola dengan tangan dalam kawasan penalti
(e)sengaja menghalang peluang penjaringan gol dengan melakukan satu kesalahan
(f)menggunakan kata-kata atau isyarat yang kasar dan kesat
(g)menerima amaran kedua (kad kuning yang kedua)dalam perlawanan berkenaan

Kesalahan Jurulatih atau Penonton yang Boleh Dibuang Gelanggang
(a)berkelakuan kasar
(b)menggunakan kata-kata kasar atau kesat
(c)diberi amaran kedua (kad kuning yang  kedua) 

47.CARA BERMAIN FUTSAL

Bola
*berbentuk bulat
*kulit bola diperbuat daripada bahan tiruan
*ukur lilit 62-64 cm
*berat antara 400-440 g

Gelanggang
*pertandingan biasa
-panjang (25-42 cm)
-lebar (15-25 m)
*pertandingan antarabangsa
-panjang (38-42 m)
-lebar (18-25 m)

Tempoh Perlawanan
*tempoh permainan
*waktu rehat separuh masa
*waktu rehat pasukan
*elaun masa untuk waktu terbuang

Bilangan Pemain
*tidak melebihi 5 orang pemain termasuk penjaga gol
*dibenarkan mendaftar sehingga 7 orang pemain simpanan
*pertukaran dibenarkan pada setiap setiap masa
*pemain gantian perlu mendapatkan kebenaran daripada pengadil terlebih dahulu
*semua pemain boleh menggantikan penjaga gol

Memulakan Perlawanan
*penentuan pasukan permulaan
*memulakan sepak mula
*bola di luar masa permainan
*jaringan gol

45.SEJARAH FUTSAL

Sejarah Awal
*1930 Dikatakan bermula di Montevideo,Uruguay
*Diperkenalkan oleh Juan Carlos Ceriani
*Versi 5 lawan 5 dimainkan di atas gelanggang seluas saiz gelanggang bola keranjang
*Dimainkan di luar dan di dalam dewan tanpa dinding tepi
*Futsal berasal daripada perkataan Sepanyol atau Portugis iaitu futbol atau futebol dan perkataan dalam dewan berasal dari Perancis atau Sepanyol iaitu salon atau sala
*Di Amerika,futsal dikenali sebagai Mini Soccer sebelum dipanggil futsal

Perkembangan Futsal
*permainan futsal dikenali sebagai permainan 'lima sebelah'
*futsal berkembang pesat di seluruh Amerika Selatan terutamanya Brazil
*Pele,Zico,Socrates,Bebeto dan pemain Brazil yang lain,membangunkan kemahiran bermain bola sepak mereka dengan bermain futsal
*1965 Paraguay memenangi pertandingan antarabangsa pertama The First South American Cup
*Brazil memenangi kesemua pertandingan yang dianjurkan selepas tahun tersebut hingga tahun 1979
*1980 Brazil sekali lagi menjuarai The First Pan American Cup dan turut menjuarainya pada tahun 1984
*1982 Pertandingan dunia pertama The First Futsal World Championship diadakan di Sao Paulo telah dimenangi oleh Brazil
*pertandingan dunia seterusnya diadakan di Sepanyol (1985),Australia (1988)
*FIFA mengawal sepenuhnya pertandingan dunia di Holland (1989),Hong Kong(1992),Sepanyol(1996),Guatemala(2000) dan di Taipei (2004)

Pertandingan Futsal di Peringkat Dunia
*1982-FIFUSA World Futsal Championship dianjurkan setiap 3 tahun sehingga tahun 2000
*2002-AMF World Futsal Championships diperkenalkan
*2003-dianjurkan setiap 4 tahun
*1989-FIFA Futsal World Cup diperkenalkan dan dianjurkan setiap 4 tahun

Pertandingan Futsal di Peringkat Asia
*1999-AFC Futsal Championship melibatkan pasukan kebangsaan negara-negara Asia.Dianjurkan setiap tahun
*2005-Asian Indoor Games Futsal Championships dianjurkan setiap dua tahun
*2001-ASEAN Futsal Championship diperkenalkan.Dianjurkan setiap dua tahun pada 2003 dan 2005.Sejak 2006,pertandingan ini dianjurkan setiap tahun

44.UNDANG-UNDANG BOLA SEPAK

Bola Masuk dan Keluar
Seluruh bahagian bola perlu melepasi garisan tepi atau garisan gol

Jaringan Gol
Apabila seluruh bahagian bola melepasi garisan gol pemenang di tentukan dengan jaringan gol yang terbanyak.

Kesalahan yang Dilayangkan Kad Kuning
(a)tidak menunjukkan semangat kesukanan.
(b)membantah/menyangkal keputusan pengadil dengan perlakuan atau kata-kata
(c)melanggar peraturan secara berterusan.
(d)melambatkan permulaan perlawanan
(e)gagal menghormati jarak yang diperlukan semasa permainan bermula dengan sepakan sudut atau sepakan percuma
(f) keluar atau memasuki semula padang tanpa keizinan daripada pihak pengadil
(g)sengaja meninggalkan padang permainan tanpa keizinan daripada pihak pengadil

Kesalahan yang Dilayangkan Kad Merah dan Dibuang Padang
(a)perbuatan tidak jujur yang serius seperti menggunakan kekerasan yang berlebihan
(b)perlakuan yang ganas di dalam atau di luar padang
(c)meludah ke arah pemain lawan atau sesiapa sahaja
(d)sengaja menghalang peluang untuk menjaringkan gol dengan menahan bola dengan menggunakan tangan dalam kawasan penalti
(e)menggunakan kata-kata atau isyarat yang kasar dan kesat
(f)menerima amaran kedua (kad kuning yang kedua) dalam perlawanan berkenaan.

43.CARA BERMAIN BOLA SEPAK

Bola
*berbentuk bulat
*diperbuat daripada kulit atau bahan lain
*ukur lilit 68-70 cm
*berat 410-450 g

Bilangan Pemain
*tidak melebihi 11 orang pemain termasuk penjaga gol
*3-7 orang pemain simpanan
*Pertukaran pemain dibenarkan sebanyak 3 kali sahaja
*Nama pemain simpanan perlu dihantar kepada pengadil
*Semua pemain boleh menggantikan penjaga gol

Tempoh Perlawanan
*keseluruhan masa permainan ialah 90 minit iaitu 45 minit untuk separuh masa pertama dan 45 minit lagi untuk   separuh masa kedua.
*waktu rehat separuh masa tidak melebihi 15 minit.

*Memulakan Perlawanan atau Memulakan Semula Perlawanan
 -penentuan pasukan permulaan-adakan lambungan syiling untuk menentukan pasukan yang akan  memulakan perlawanan
-pasukan yang menang lambungan syiling akan memulakan perlawanan semasa pertengahan masa
-kedua-dua pasukan akan bertukar dan menyerang gol pihak lawan selepas rehat separuh masa
*sepak mula
  -pada permulaa perlawanan selepas gol dijaring
  -pada permulaan pertengahan masa kedua
  -pada permulaan waktu masa tambahan

42.KEJURULATIHAN(3)

1.Pastikan pemain bermain dengan semangat kesukanan
 *Beri tepukan
 *Bersalaman
 *Ucapkan terima kasih

2.Membuat analisis keseluruhan
  *Kenal pasti kelemahan pemain
  *Kekurangan taktik
  *Kekurangan kejurulatihan

3.Jurulatih dan penolong jurulatih membuat catatan 
  *Catat kekuatan dan kelemahan pemain
  *Catat kekuatan dan kelemahan pasukan sendiri
  *Catat taktik pemain sendiri dan pemain pihak lawan
    -kejayaan pelan permainan
    -pencapaian setiap pemain yang bermain
    -penilaian tingkah laku,semangat kesukanan dan semangat juang

4.Menyediakan laporan
  *Laporan lengkap dibuat
  *Laporan dibuat secara bertulis
  *Laporan termasuk cadangan latihan dan strategi baharu

41.KEJURULATIHAN(2)

TANGGUNGJAWAB SEMASA PERLAWANAN


1.Di tempat pertandingan
*Berada di tempat pertandingan 1-1 1/2 jam sebelum perlawanan bermula
*Membiaskan diri dengan padang dan keadaan sekeliling

2.Mesyuarat sebelum perlawanan
*Perjumpaan ringkas sebelum sesi memanaskan badan
*Jurulatih mengemukakan pelan permainan
*Jurulatih mengesahkan taktik permainan
*Jurulatih memotivasikan para pemain

3.Sesi memanaskan badan 
*Aktiviti latihan
*Aktiviti am dan aktiviti khusus
*Prestasi pemain diawasi

4.Membuat pilihan bahagian padang
*Menilai keadaan padang
*Perhatikan sifat padang dan keadaan sekeliling
*Pilihan padang berdasarkan penilaian dan pemerhatian

5.Membuat analisis prestasi perlawanan semasa
*Cadangkan pembentuan kelemahan
*Maklumkan strategi semasa waktu rehat

6.Mengawal tingkah laku
*Pemain yang sedang bermain
*Pemain simpanan
*Kakitangan lain

40.KEJURULATIHAN (1)

Tanggungjawab Sebelum Perlawanan


1.Mengetahui keadaan perlawanan sebelum perlawanan bermula.
  *Masa perlawanan diadakan
  *Tempat duduk penonton dan kelakuan penonton
  *Keadaan padang

2.Membuat analisis permainan dan merancang taktik perlawanan
  *Mencatat kelemahan,kelebihan,taktik dan teknik istimewa pihak lawan
  *Semangat kesukanan dan tingkah laku pemain pihak lawan
  *Gaya jurulatih pasukan lawan
  *Komposisi pasukan lawan
  *Mengintip pihak lawan

3.Merancang pelan permainan
  *Sesuai dengan pemain
  *Pelan mesti dipersetujui oleh semua pihak
  *Kesebelasan utama ditetapkan
  *Taktik ditetapkan
  *Taktik menyerang dan pertahanan

4.Merancang latihan tiga kali seminggu
  *Latihan 1- latihan tingkat tahap kecergasan dan kemahiran teknik
  *Latihan 2- latihan kemahiran individu dan taktik
  *Latihan 3- uji pelan permainan

5.Latihan sebelum perlawanan
  *Sekurang-kurangnya empat jam sebelum perlawanan
  *Tempoh 30-90 minit
  *Menyesuaikan diri dari segi fizikal,fisiologi dan psikologi
  *Pengukuhan tentang teknik dan taktik permainan
  *Membiasakan diri dengan padang dan keadaan sekeliling.
  *Membina keyakinan pemain

39.STRATEGI PERMAINAN (2)

Sistem Permainan 4-3-3
Fokus sistem : Pergerakan pemain dan pertukaran tempat antara pemain.
Sifat sistem    : Mengimbangi serangan dengan pertahanan.
Susunan        : Sama dengan sistem permainan 4-2-2.

38.STRATEGI PERMAINAN (1)

Sistem Permainan 4-4-2

Fokus sistem : Bahagian tengah padang.
Sifat sistem    : Bertahan kerana kurang pemain penyerang yang berkaliber.
Susunan        : (a) Empat orang pemain bek (sayap pertahanan,pertahanan tengah,sweeper
                           dan sayap pertahanan).
                      (b) Empat orang pemain tengah (dua orang pemain di kiri dan kanan merupakan penyerang.
                           Dua orang pemain di tengah,seorang menyerang dan seorang bertahan).

37.MENJAGA GOL: MELONTAR BOLA

Gaya atas Bahu
(a)Menghadap sasaran.
(b)Pegang bola dengan tapak tangan.
(c)Tangan ditarik ke belakang dan di atas paras bahu.
(d)Tolak bola ke hadapan.
(e)Tangan mengikut arah bola.


 Gaya bawah Tangan
(a)Pegang bola dengan tapak tangan,jari dan pergelangan tangan.
(b)Bengkokkan bahagian atas badan ke belakang.
(c)Bola dipegang pada paras pinggang.
(d)Gerakkan tangan ke atas dan ke hadapan.
(e)Tangan mengikut arah bola.

36.MENJAGA GOL: MENGGOLEK BOLA

1.
(a)Bersedia untuk menggolek bola.
(b)Badan menghadap bola.
(c)Mata memandang ke arah rakan sepasukan.

2.
(a)Kaki kiri di hadapan.
(b)Rendahkan badan.
(c)Tangan yang memegang bola ditarik ke belakang.
(d)Mata memandang ke arah rakan sepasukan.

3.
(a)Lepaskan bola dengan tapak tangan menghadap ke atas.
(b)Jari-jari tangan mengikut arah pergerakan bola.

33.MENJAGA GOL: MENERIMA BOLA TINGGI

1.
(a)Bersedia menghadap bola.
(b)Bergerak ke arah bola.
(c)Mata memandang ke arah bola.

2.
(a)Lonjak ke atas dengan sebelah kaki.
(b)Hulurkan tangan untuk menangkap bola.
(c)Terima bola pada aras tertinggi.

3.
(a)Tarik tangan ke bawah apabila bola menyentuh jari dan tapak tangan.
(b)Bengkokkan siku.

4.
(a)Pegang bola dengan kemas pada dada.
(b)Mendarat dan mengimbangkan badan.
(c)Bersedia untuk bertindak.

32.MENJAGA GOL:MENERIMA BOLA PARAS DADA

1.
(a)Bersedia untuk menangkap bola.
(b)Kaki dibuka seluas bidang bahu.
(c)Tapak tangan menghadap bola dan jari menghala ke atas.
(d)Mata memandang ke arah bola.

2.
(a)Hulurkan tangan untuk menerima bola.
(b)Siku dibengkokkan.
(c)Tarik bola ke dada apabila bola ke dada apabila bola menyentuh jari.

3.
(a)Gerakkan dada ke belakang.
(b)Rapatkan bola dengan kemas di dada.
(d)Berdiri tegak dan bersedia untuk bertindak.

Thursday 1 December 2011

31.MENJAGA GOL:MENERIMA BOLA KE SISI

1.
(a)Badan menhadap bola.
(b)Kaki dibuka seluas bidang bahu.
(c)Mata memandang ke arah bola.

2.
(a)Langkah ke sisi dan menghadap bola.
(b)Rendahlan badan.
(c)Tangan dihulurkan ke bawah.
(d)Mata memandang ke arah bola.

3.
(a)Hulurkan tangan untuk menangkap bola.
(b)Biarkan bola bergolek hingga ke lengan.

4.
(a)Biarkan bola menyentuh dada dan pegang bola di dada.
(b)Berdiri dan bersedia untuk menghantar bola.

30.MENJAGA GOL MENERIMA BOLA TERUS

1.
(a)bersedia di hadapan pintu gol
(b)kaki dibuka seluas bidang bahu
(c)mata memandang ke arah bola

2.
(a)bengkokkan badan ke bawah
(b)kaki hendaklah diluruskan
(c)tapak tangan menghadap ke hadapan dan  dirangkapkan

3.
(a)hulurkan tangan untuk menangkap bola
(b)biarkan bola bergolek hingga ke bahagian lengan

4.
(a)gerakkan dada ke dalam sedikit apabila bola menyentuh bahagian dada
(b)pegang bola dengan kemas pada bahagian dada dan berdikari
(c)bersedia untuk bertindak

29.MEREBUT BOLA SECARA GELONGSOR

1.
(a)bergerak ke arah pihak lawan dari arah sisi atau arah belakang
(b)mata memandang ke arah bola

2.
(a)rendahkan badan dan gelongsor dengan kaki yang rapat dengan permukaan padang
(b)hulurkan kaki untuk menyentuh bola pada kekura kaki
(c)tangan menyokong badan pada permukaan padang
(d)tolak bola supaya bebas daripada pihak lawan

3.
(a)elakkan daripada mengasari pihak lawan
(b)terus menolak bola
(c)bangun dengan segera untuk bertindak

28.MEREBUT BOLA DARI SISI

1.
(a)berhadapan dengan pihak lawan
(b)rendahkan badan
(c)mata memandang ke arah bola
(d)kaki bersedia untuk merebut bola dari sisi

2.
(a)hulurkan kaki ke arah bola
(b)kuis bola dengan hujung kaki
(c)elakkan daripada menyentuh badan pihak lawan

3.
(a)bergerak terus ke arah bola dan kuis bola lebih jauh
(b)kejar dan kawal bola

4.
(a)terus menggerakkan bola ke hadapan
(b)bersedia untuk membuat hantaran kepada rakan sepasukan
 

27.MEREBUT BOLA DARI HADAPAN

1.
(a)berhadapan dan rapat dengan pihak lawan
(b)rendahkan badan
(c)mata memandang ke arah bola

2.
(a)menghadap pihak lawan
(b)hulur kaki ke bahagian tengah bola dan menyekat dengan teguh
(c)terus rendahkan badan

3.
(a)tolak bola melepasi pihak lawan
(b)kawal bola dan bersedia untuk bertindak seterusnya

26.MENJARING SECARA VOLI SISI

1.
(a)mata memandang ke arah bola
(b)bergerak ke tempat bola dijangka jatuh di sebelah kanan kaki kiri
(c)berdiri dengan bahu kiri menghadap bola
(d)angkat kaki menyepak supaya paha selari dengan padang

2.
(a)pusing badan
(b)bahu kiri menghadap ke arah sasaran
(c)sentakkan kaki ke hadapan,luruskan kaki
(d)sentuh bola pada bahagian atas

3.
(a)kaki menyepak bergerak ke hadapan dan ke bawah
(b)kaki di padang dan bersedia untuk bertindak

25.MENJARING SECARA VOLI HADAPAN ATAU VOLI PENUH

1.
(a)badan menghadap ke arah bola
(b)mata memandang ke arah bola
(c)bergerak ke tempat jangkakan bola akan jatuh
(d)bengkokkan lutut kaki untuk mengimbangi badan
(e)lipat kaki menyepak ke belakang

2.
(a)badan menghadap ke arah sasaran
(b)gerakkan kaki menyepak ke hadapan dengan pantas
(c)gerakkan hujung kasut ke bawah
(d)sentuh bola di bahagian kekura kaki sebelum bola jatuh

3.
(a)kaki menyepak terus digerakkan ke arah gol
(b)kaki menyepak jatuh di padang dan bersedia untuk bertindak

24.MENJARING SECARA SEPAKAN KEKURA ATAU SEPARUH VOLI

1.
(a)badan menghadap bola
(b)mata memandang ke arah bola
(c)bergerak ke tempat jangkaan bola akan jatuh
(d)kaki menyepak disediakan

2.
(a)badan menghadap sasaran
(b)lutut kaki menyepak di atas bola
(c)gerakkan secara pantas bahagian bawah kaki
(d)mata memandang ke arah bola
(e)sentuh bahagian tengah bola dengan kekura kaki menyepak

3.
(a)kaki menyepak terus digerakkan ke hadapan,ikut arah bola

23.MENGGELECEK BOLA DENGA LAJU

1.
(a)badan hampir tegak
(b)bola berada pada kaki
(c)mata memandang ke arah pihak  lawan dan rakan sepasukan

2.
(a)mata memandang ke arah bola sebelum melakukan sepakan

3.
(a)tolak bola kira-kira (3 kaki)ke hadapan
(b)mata memandang ke arah pihak lawan dan rakan sepasukan

4.
(a)bergerak pantas menuju ke bola
(b)bersedia untuk membuat hantaran
(c)atau ulang untuk menolak bola ke hadapan

22.MENGGELECEK BOLA KAWALAN DEKAT

1.
(a)badan condong ke hadapan
(b)bengkokkan lutut
(c)mata memandang ke arah bola dan pihak lawan
(d)bola di hadapan rapat dengan kaki menggelecek

2.
(a)mata difokukan pada bola
(b)gerakkan badan ke kiri untuk mengacah dan bola ke arah kanan
(c)pastikan bola di luar
(d)pastikan bola sentiasa berada di hadapan,rapat dan terkawal

3.
(a)mata memandang pihak lawan dan rakan sepasukan
(b)gerakkan bola jauh daripada pihak lawan
(c)kawal bola dengan rapi dan pastikan bola berada di hadapan

21.MENAHAN BOLA TINGGI DENGAN BAHAGIAN KEKURA KAKI

1.
(a) Bersedia dengan kaki menahan bola.
(b) Lutut diangkat tinggi.
(c) Bahagian tapak kaki selari dengan padang.
(d) Tangan di sisi.

2.
(a)terima pada kekura kaki
(b)jatuhkan kaki di padang
(c)mata memandang ke arah bola

3.
(a)jatuhkan bola di hadapan secara terkawal

4.
(a)tolak bola ke ruang kosong
(b)mata memandang ke arah rakan sepasukan
(c)bertidak seterusnya

20.MENAHAN BOLA TINGGI DENGAN BAHAGIAN DADA

1.
(a)mata memandang ke arah bola
(b)badan menghadap bola
(c)kaki dibuka seluas bidang bahu
(d)lentikkan badan ke belakang sedikit
(e)bengkokkan lutut
(f)mata mengikut arah bola

2.
(a)terima bola pada bahagian dada
(b)dada digerakkan ke belakang sedikit apabila menyentuh bola

3.
(a)mata memandang ke arah bola
(b)kawal bola supaya jatuh di hadapan

4.
(a)mata memandang ke arah rakan sepasukan.
(b)gerakkan bola ke ruang kosong dan bertindak  terus untuk menyerang

19.MENAHAN BOLA TINGGI DENGAN BAHAGIAN PAHA

1.
(a)angkat lutut untuk menahan bola yang akan jatuh
(b)mata memandang ke arah bola
(c)tangan digunakan untuk mengimbangi badan

2.
(a)terima bola di tengah paha
(b)gerakkan paha ke belakang
(c)biarkan bola jatuh ke hadapan

3.
(a)mata memandang ke arah rakan sepasukan
(b)gerakkan bola ke ruang kosong dan bertindak terus

18.MENAHAN BOLA LERET DENGAN BAHAGIAN KEKURA KAKI

1.
(a)mata memandang ke arah bola
(b)bersedia dan menghadap bola
(c)kaki menahan segaris dengan arah bola

2.
(a)mata memandang ke arah bola
(b)gerakkan kaki menyepak supaya bahagian kekura menghadap bola
(c)sentuh bola di bahagian kekura kaki

3.
(a)ketika menyentuh bola,kaki digerakkan ke belakang sedikit

4.
(a)mata memandang ke arah rakan sepasukan
(b)tolak bola ke ruang kosong dan terus bergerak

17.MENAHAN BOLA LERET DENGAN BAHAGIAN LUAR KAKI

1.
(a) mata memandang ke arah bola
(b)berdiri menghadap bola dengan sebelah kaki di hadapan
(c)kaki menahan segaris dengan arah bola

2.
(a)mata memandang ke arah bola
(b)kaki menahan dipusingkan supaya bahagian luar kaki menghadap bola
(c)apabila menyentuh bola,kaki menahan digerakkan sedikit ke belakang
(d)tolak bola ke ruang jauh daripada pihak lawan

3.
(a)mata memandang rakan sepasukan
(b)tolak bola ke arah pergerakan seterusnya