Wednesday 30 November 2011

16.MENAHAN BOLA LERET DENGAN BAHAGIAN DALAM KAKI

1.
(a)mata memandang ke arah bola
(b)berdiri menghadap bola dengan sebelah kaki di hadapan
(c)kaki menahan segaris dengan arah bola

2.
(a)mata memandang ke arah bola
(b)kaki menahan dipusingkan supaya bahagian dalam kaki menghadap bola
(c)apabila menyentuh bola,kaki menahan digerakkan sedikit ke arah belakang

3.
(a)mata memandang rakan sepasukan
(b)tolak bola ke arah pergerakkan seterusnya

15.MENANDUK SECARA MENJUNAM

1.
(a)berdiri menghadap ke arah bola
(b)bengkokkan lutut
(c)gerakkan tangan ke belakang
(d)mata memandang ke arah bola

2.
(a)melompat ke arah hadapan
(b)kedua0dua belah tangan mulai bergerak ke hadapan

3.
(a)terjun ke arah bola
(b)badan selari dengan padang
(c)dongakkan kepala
(d)kedua-dua belah tapak tangan menghala ke bawah
(e)mata dibukan dan mulut ditutup
(f)menanduk bola menggunakan bahagian tengah dahi
(g)mendarat dengan kedua-dua belah tapak tangan

14.MENANDUK ASAS DAN MENANDUK MELOMPAT

Menanduk Asas


1.
(a)berdiri tegak menghadap bola dengan kaki hadapan ke belakang
(b)mata memandang ke arah bola
(c)gerakkan kepala dan lentikkan badan ke belakang
(d)seterusnya,gerakkan kepala ke hadapan untuk menanduk bola
(e)sentuh bola di tengah dahi
(f)kepala terus bergerak ke arah bola

Menanduk Melompat


1.
(a)berdiri menghadap bola dari bengkokkan lutut
(b)gerakkan kedua-dua belah tangan ke belakang

2.
(a)melompat ke atas dengan kedua-dua belah kaki
(b)gerakkan kedua-dua belah tangan ke atas dan ke belakang
(c)lentikkan badan ke belakang

3.
(a)menanduk bola menggunakan bahagian tengah dahi
(b)buka mata dan tutup mulut
(c)terus gerakkan badan ke hadapan
(d)mendarat dengan menggunakan kedua-dua belah kaki

13.MELONTAR BOLA SECARA BERLARI

1.
(a)berdiri beberapa langkah di belakang garisan
(b)mata memandang ke arah sasaran
(c)bola berada di belakang kepala
(d)tapak tangan memegang bahagian belakang bola

2.
(a)bengkokkan siku gerakkan bola jauh ke belakang kepala
(b)berdiri dengan kaki hadapan di belakang garisan,kaki hadapan dibengkokkan
(c)bengkokkan badan ke belakang
(d)gerakkan tangan ke hadapan dan lontar bola

3.
(a)tangan menghala ke arah bola
(b)bergerak masuk ke padang selepas membuat lontaran

12.MELONTAR BOLA SECARA BERDIRI

1.
(a)berdiri di belakang barisan
(b)mata memandang ke arah sasaran
(c)tapak tangan memegang bahagian belakang bola

2.
(a)bengkokkan siku dan gerakkan bola jauh ke belakang kepala\
(b)berdiri dengan kaki hadapan di belakang garisan,kaki hadapan di dibengkokkan
(c)bengkokkan badan ke belakang
(d)gerakkan tangan ke hadapan dan lontar bola

3.
(a)tangan menghala ke arah bola
(b)bergerak masuk ke padang selepas membuat lontaran

11.MENYEPAK BOLA DENGAN KEKURA KAKI

1.
(a)badan menghadap bola
(b)hujung kaki tidak menyepak di sisi bola dan menghala ke sasaran
(c)kaki tidak menyepak dibengkokkan
(d)ayunankan kaki menyepak ke belakang
(e)lutut kaki menyepak di atas bola
(f)mata memandang ke arah bola

2.
(a)badan condong sedikit ke hadapan
(b)ayunan kaki menyepak ke hadapan
(c)sentuh bahagian tengah bola

3.
(a)sentuh bola dengan kekura kaki

4.
(a)kaki menyepak bergerak terus ke hadapan,ikut arah bola
(b)pada masa yang sama,kaki tidak menyepak terangkat dari padang
(c)mendarat dengan bebola kaki menyepak

10.MENYEPAK BOLA DENGAN BAHAGIAN LUAR KAKI

1.
(a)Badan menghadap bola.
(b)Kaki tidak menyepak berada di belakang.
(c)Mata tertumpu pada bola.
(d)Kaki menyepak dihayun ke belakang,di belakang kaki tidak menyepak.

2.
(a)Kepala menghala ke bawah
(b)Badan condong ke arah bola
(c)Gerakkan badan dengan pantas kaki menyepak

3.
(a)sentuh bola pada bahagian luar kekura kaki
(b)sentuh bola di bahagian tengah
(c)tolak bola dari arah dalam ke luar

4.
(a)kaki menyepak mengikut arah bola
(b)menapak dengan kaki menyepak untuk mengimbangi badan

9.MENYEPAK BOLA DENGAN BAHAGIAN DALAM KAKI

1.
(a)Bersedia hampir dengan bola.
(b)Mata tertumpu pada bola.
(c)Berdiri dalam bentuk 'L'.
(d)Badan menghadap bola.
(e)Bola di sebelah kanan bahagian dalam tapak kaki.

2.
(a)Badan condong ke hadapan.
(b)Gerakkan kaki menyepak ke belakang.
(c)Mata memandang ke arah bola.

3.
(a)Sentuh bola dengan bahagian dalam kaki.
(b)Sentuh bahagian tengah bola dengan kaki.

4.
(a)Kaki bergerak terus dan menyilang badan.
(b)Badan terus menghadap ke arah bola.

8.MEMANASKAN BADAN

Pelbagai jenis regangan yang biasa dilakukan oleh pemain bola sepak sebelum memulakan latihan atau perlawanan.

7.PERALATAN BOLA SEPAK

Peralatan Asas
*Jersi
*Seluar
*Bola
lilitan=68-70cm
berat=410-450g
tekanan angin+600-1100g/cm persegi

Peralatan untuk Penjaga Gol
*Jersi penjaga gol
*Seluar
*Sarung tangan penjaga gol

6.PADANG BOLA SEPAK


 

5.PEMAIN TERKENAL MALAYSIA

*Mohd Safee Mohd Ali (Kuala Lumpur)
*Mohd Fadzil Saari (Pahang)
*Idris Karim (N.Sembilan)
*Liew Kit Kong (Kedah)
*Mohd Shukor Adan (Selangor)
*Mohd Ezar Esahar (P.Pinang)
*K.Nanthakumar (Perak)
*Mohd Ivan Yussof (Perlis)
*Mohd Arsyah Ayoh (Sabah)
*Mohd Syamsuri Mohd Mustafa (Terengganu)

4.PEMAIN TERKENAL ANTARABANGSA

*Ronaldinho (Brazil)
*Hidetoshi Nakata (Jepun)
*Cristiano Ronaldo (Portugis)
*Luca Toni (Itali)
*Wayne Rooney (England)
*Oliver Kahn (Jerman)
*Tim Chill (Australia)
*Andres Guardado (Mexico)
*Stephen Appiah (Ghana)
*Fabien Barthez (Perancis)



1.SEJARAH BOLA SEPAK ANTARABANGSA

Bola Sepak Antarabangsa
terdapat  pelbagai variasi nama dan cara bermain bola sepak di seluruh pelosok dunia:
*Tsu Chu-China
*Kemari-Jepun
*Episkyros-Greek
*Harpastum-Rom
*Hurling-Scotland/Ireland

1863-saiz dan berat bola ditetapkan Persatuan Bola Sepak England ditubuhkan Piala FA diperkenalkan
1866-tempoh 90 minit ditetapkan dalam perlawanan antara London dan Sheffield
1872-perlawanan antarabangsa pertama diadakan
1904-Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) ditubuhkan

Bola Sepak Antarabangsa
1991-Kejohanan Piala Dunia Wanita FIFA Pertama diadakan di China
1999-Kejohanan Piala Dunia Wanita FIFA Ketiga dimenangi oleh Sweden
2007-Kejohanan Piala Dunia Wanita FIFA Kelima diadakan di China

Pertandingan Bola Sepak Wanita
*Perlawanan Bola Sepak Olimpik Wanita
*Piala Dunia Wanita FIFA
*Piala Dunia Wanita FIFA Bawah 20 tahun
*Piala Dunia Wanita FIFA Bawah 17 tahun

3.PERTANDINGAN BOLA SEPAK

Pertandingan Bola Sepak di Peringkat Antarabangsa
Lelaki
*Piala Dunia FIFA                                  
*Pertandingan Bola Sepak Olimpik
*Piala Dunia Kelab FIFA
*Piala Dunia FIFA Bawah 20 tahun
*Piala Dunia FIFA Bawah 17 tahun
*Piala Dunia Remaja FIFA
*Piala Persekutuan FIFA
*Piala Dunia Futsal FIFA
*Piala Dunia Bola Sepak Pantai FIFA
Wanita
*Piala Dunia Wanita FIFA
*Pertandingan Bola Sepak Olimpik Wanita
*Piala Dunia Wanita FIFA Bawah 20 tahun
*Piala Dunia Wanita FIFA Bawah 17 tahun
*Piala Dunia Futsal FIFA
*Piala Dunia Futsal Wanita FIFA
*Piala Dunia Bola Sepak Pantai Wanita FIFA

Pertandingan Bola Sepak di Peringkat Asia
Pertandingan untuk Lelaki
(anjuran Konfederasi Bola Sepak Asia)
*Piala AFC
*Kejohanan Liga Juara-juara AFC
*Kejohanan AFC Bawah 16 tahun
*Kejohanan Futsal AFC
*Kejohanan AFC Bawah 19 tahun
*Kejohanan Kelab Asia
*Piala Presiden AFC
*Kejohanan Remaja AFC
*Kejohanan AFC Bawah 17 tahun
*Piala AFC Asia
Pertandingan untuk Wanita
(anjuran dibantu oleh Kofederasi Bola Sepak Wanita Asia)
*Piala AFC 'Wanita Asia'
*Kejohanan AFC Wanita Bawah 19 tahun
*Kejohanan AFC Wanita Bawah 16 tahun

2.SEJARAH BOLA SEPAK MALAYSIA

Bola Sepak di Malaysia
*1921- permainan bola sepak diperkenalkan
*1921-Piala Malaya dipertandingkan
*1933-Persatuan Bola Sepak Malaysia ditubuhkan secara rasmi
*1967-Piala HMS ditukar nama kepada Piala Malaysia
*1970-Wisma FAM ditubuhkan

Piala FAM
*1952-diperkenalkan di Malaysia
*1973-dipertandingkan antara negeri
*1974-pertandingan kalah mati diperkenalkan
Liga Malaysia
*1989-bertaraf separuh profesional
*1993-Liga Malaysia memasuki era profesional
Piala Sumbangsih
*1984-diperkenalkan di Malaysia
*Permainan pembukaan tirai bagi sesuatu musim bola sepak
Liga Super
*2004-diperkenalkan di Malaysia
*pertandingan bola sepak tahap kedua
Piala Agong
*1962-diperkenalkan di Malaysia
*dianjurkan oleh Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia (PBSMM)

Tuesday 29 November 2011

BAB5-PERKEMBANGAN KEMAHIRAN

-HANTARAN LERET

A.Kemahiran Asas
Hantaran leret merupakan kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh seseorang pemain bola sepak.Hantaran leret juga merupakan salah satu variasi hantaran dalam permainan bola sepak.Kaedah hantaran leret ini juga sesuai untuk hantaran jarak dekat semasa permainan.

-Teknik kemahiran:
*cuba membuat hantaran dengan menggunakan kaki kiri dan kanan.
*ketepatan dan arah
*sentuhan pada bola dengan bahagian dalam kaki,luar kaki dan kekura kaki.
*kuncikan (lock) pergelangan kaki semasa menyentuh bola.
__________________________________________________________________________________
=AKTIVITI=
Organisasi
*grid 10m-20m
*10 pemain
*3bola
*4kon
Aktiviti:
a.pemain yang ada bola akan mengawal dan melakukan hantaran leret pada pemain lain.
b.pemain yang tiada bola akan bergerat dan meminta bola
c.aktiviti ini dilakukan selama 5 minit dan 1minit rehat dalam 3set
__________________________________________________________________________________
Permainan kecil 1
Organisasi
*grid 20m-30m
*10 pemain(5vs 5+4N)
*N(pemain berkecuali)
*1 bola
*4 kon
Aktiviti:
a.pemain akan membuat hantaran leret pada rakan sepasukan atau pemain secara tolak dan tahan.
b.pasukan yang dapat mencapai 10 hantaran berterusan akan diberi 1 mata
c.pihak lawan akan cuba merebut bola yang dimainkan dan melakukan aktiviti yang sama.
d.aktiviti ini dilakukan selama 10 minit dan 3 minit rehat dalam 3 set
__________________________________________________________________________________
Permainan kecil 2
Organisasi
.*Grid 20m-30m
*12 pemain(6 vs 6)
*1 bola
*4 kon
Aktiviti:
a.pemain akan membuat hantaran leret pada rakan sepasukan secara tolak dan tahan
b.pasukan yang dapat mencapai 10 hantaran berterusan akan di beri 1 mata
c.pihak lawan akan cuba merebut bola yang dimainkan dan melakukan aktiviti yang sama
d.aktiviti ini dilakukan selama 8 minit dan 2 minit rehat dalam 3 set
__________________________________________________________________________________Pemain kecil 3
Organisasi
*grid 30m-40m
*12 pemain (6 vs 6)
*1 bola
*8 kon
*bip 2 warna
Aktiviti
a.pemain akan membuat hantaran leret(secara bebas) pada rakan sepasukan
b.pemain akan cuba menjaringkan gol di gol-gol kecil yang disediakan melalui hantaran leret
c.pihak lawan akan cuba merebut bola yang dimainkan dan melakukan aktiviti yang sama.
__________________________________________________________________________________Pemain kecil 4
Organisasi:
*grid 30m-40m
*14 pemain(6 vs 6 + 2N)
*1 bola
*4 kon
*bip 2 warna
Aktiviti:
a.pemain akan membuat hantaran leret(bahagian dalam kaki)pada rakan sepasukan
b.pemain N akan membantu pasukan yang menguasai bola
c.pasukan akan berusaha menjaringkan gol
d.pasukan yang menjaringkan gol yang banyak dikira menang
e.pihak lawan akan cuba merebut bola dan melakukan aktiviti yang sama.
__________________________________________________________________________________HANTARAN JAUH

A.Kemahiran Asas

Hantaran jauh merupakan kemahiran yang perlu dikuasai oleh seseorang pemain bola sepak.Hantaran jauh juga merupakan salah satu variasi hantaran di dalam permainan bola sepak.Kaedah hantaran jauh ini juga sesuai untuk hantaran tinggi semasa permainan.Teknik hantaran jauh juga berbeza dengan teknik hantaran leret untuk jarak dekat.Kaedah ini memerlukan teknik yang betul ketika membuat hantaran jauh dan teknik kawalan juga perlu sesuai dan ketika menerima bola.

Teknik kemahiran
-permain melakukan hantaran tinggi menggunakan bahagian hujung kaki pada pasangan masing-masing dalam kedudukan statik.
-pemain mengawal bola dengan mengunakan kaki, paha,dada dan kepala.
-pemain saling melakukan hantaran tinggi antara satu sama lain
-cuba buat hantaran gunakan kaki kiri dan kanan

B.AKTIVITI KEMAHIRAN
__________________________________________________________________________________
Organisasi:
*grid 10m-10m
*5 orang satu kumpulan
*bola
*2 kon
Aktiviti:
a.pemain melakukan aktiviti dalam kumpulan
b.pemain akan membuat hantaran jauh hingga melepasi garisan yang ditanda dengan dua kon
c.setiap pemain diberi 5 kali cubaan
d.pemain yang berjaya melepasi garisan akan diberi 1 mata untuk kumpulan.
__________________________________________________________________________________

C.PERMAINAN KECIL
__________________________________________________________________________________
AKTIVITI
Permainan kecil 1

Organisasi
*grid 30m-40m
*14 pemain (7 vs 7)-terlalu ramai
*1 bola
*8 kon
*bip 2 warna

Aktiviti:
a.pemain x akan membuat hantaran leret bersama rakan di dalam kawasan KA
b.pemain O akan cuba merebuut bola
c.setelah membuat 5 hantaran pemain x akan membuat hantaran jauh ke kawasan KB tanpa menyentuh kawasan zon tengah.
d.hantaran yang tepat akan mendapat satu mata
*e.begitu juga pemain yang berada di kawasan KB akan melakukan aktiviti yang sama
f.masa yang diberi untuk aktiviti ini ialah 10 minit.
__________________________________________________________________________________
Pemain kecil 2
Organisasi
*grid 30m-40m
*14 pemain (7 vs 7)
*1 bola
*4 kon
*bip 2 warna

Aktiviti:
a.pemain akan membuat hantaran jauh (secara bebas) pada rakan sepasukan
b.pasukan yang mencapai 3 hantaran berterusan akan diberi 1 mata
c.pihak lawan akan cuba merebut bola yang dimainkan dan melakukan aktiviti yang sama
__________________________________________________________________________________
Pemainan kecil 3
Organisasi
*grid 30m-40m
*12 pemain ( 6 vs 6 )
*1 bola
*4 kon
*2 tiang gol kecil
*bip 2 warna
Aktiviti
a.pemain akan membuat hantaran jauh (secara bebas) pada rakan sepasukan.
b.pemain akan cuba membuat jaringan di gol kecil yang disediakan melalui hantaran jauh (dari luar kawasan  10m).
c.pihak lawan akan cuba merebut bola yang dimainkan dan melakukan aktiviti yang sama
__________________________________________________________________________________
Permainan kecil 4
Organisasi
*grid 40m-50m
*15 pemain (6 vs 6) +2N
*N-sebagai pengumpan
*1 bola
 *4 kon
*bip 2 warna

Aktiviti:
a.3 penyerang dalam zon menyerang dan 3 pertahanan bagi setiap pasukan
b.untuk menjaringkan gol,pertahanan perlu melakukan hantaran tinggi pada penyerang atau menggunakan pemain berkecuali sebagai perantara/pengumpan
c.pasukan yang mendapat jaringan yang banyak akan dikira sebagai pemenang
d.main dalam zon sendiri  sahaja
e.masa yang diberi untuk aktiviti ini ialah 5-1-5 minit sebanyak 3 set
f.pemain yang mengawal bola akan dibantu oleh pemain sokongan(N)
__________________________________________________________________________________

-MENGELECEK

A.Kemahiran Asas

=Teknik kemahiran:
*bengkokkan lutut
*kawalan yang baik apabila menuju pihak lawan
*kelajuan bola apabila bergerak
*menukarkan arah dengan pantas
*mengacah sebelum mengelecek

__________________________________________________________________________________
B.Permainan kecil 1
Organisasi
*grid 20m-30m
*12 pemain (5 vs 5 + 2 GK)
*1 BOLA
*4 kon

Aktiviti:
a.pemain akan cuba menguasai bola dengan mencagah dan mengelecek pihak lawan sebelum membuat hantaran atau menjaring gol
b.pihak lawan akan cuba merebut bola yang dimainkan dan melakukan aktiviti yang sama
c.masa yang di beri untuk aktiviti ini ialah 10 minit
__________________________________________________________________________________
Pemain kecil 2
Organisasi
*grid 30m-40m
*14 pemain(5 vs 5)+ 4
*4 kon
*1 bola
*bip 2 warna

Aktiviti:
a.pemain akan cuba menguasai bola dengan menghadang atau mengelecek pihak lawan
b.pemain boleh menggunakan keempat-empat pemain sokongan (N) apabila menguasai bola.
c.pasukan yang berjaya melakukan 5 hantaran akan diberi 1 mata
d.pihak lawan akan cuba merebut bola yang dimainkan dan melakukan aktiviti yang sama
e.,asa yang diberi untuk aktiviti ini ialah 10min
__________________________________________________________________________________
Pemain kecil 3
Organisasi
*grid 30m-40m
*12 pemain (5 vs 5)+ 2 N
*1 bola
*4 kon
*2 gol kecil
*bip 2 warna

Aktiviti:
a.pemain sepasukan akan cuba menguasai bola dan mengelecek dengan menggunakan gerak keliru untuk mengatasi pihak lawn atau menjaringkan gol
b.pemain (N) akan bertindak sebagai pemain bertahan apabila satu pasukan menguasai bola
c.2 gol diletakkan di penjuru kawasan permainan
d.pihak lawan akan cuba merebut bola yang
e.dimainkan dan melakukan aktiviti yang sama
f.masa yang diberi untuk aktiviti ini ialah 10 minit
__________________________________________________________________________________
Organisasi
*grid 30m-40m
*16 pemain(5 vs 5)+4N+2 GK
*4 kon
*1 bola
*2 gol kecil
*bip 2 warna

Aktiviti:
a.pemain sepasukan akan cuba menguasai bola dan mengelecek pihak lawan untuk menjaring gol
b.pemain boleh mengguna pemain sokongan (N)
c.pemain yang menguasai bola perlu melakukan kemahiran mengelecek sebelum dapat melakukan  hantaran kepada rakan
d.pihak lawan akan cuba merebut bola yang
e.dimainkan dan melakukan aktiviti yang sama
f.masa yang diberikan untuk aktiviti ini ialah 10 minit
__________________________________________________________________________________
Permainan kecil 5
Organisasi
*grid 30m-40m
*12 pemain (6 vs 6)+2 pemain sokongan
*1 bola
*4 kon
*4 gol kecil
*bip 2 warna

Aktiviti:
a.pemaian sepasukan akan cuba menguasai bola dan mengelecek pihak lawan untuk menjaringkan  gol
b.pemain boleh menggunakan pemain sokongan di luar grid
c.pemain yang menguasai bola perlu melakukan kemahiran mengelecek sebelum dapat melakukan  hantaran kepada rakan
d.pihak lawan akan cuba merebut bola yang dimainkan dab melakukan aktiviti yang sama
e.masa yang diberi untuk aktiviti ini ialah 10 minit
__________________________________________________________________________________

MENANDUK

A.Kemahiran Asas

Teknik Kemahiran
-guna bahagian dahi
-kunci tengkok buka mata badan dilentikkan ke belakang sebelum menanduk
-tandukan ke bawah di atas bola
-tandukan di tengah untuk paras bahu
-tandukan di bawah untuk bola tinggi

B.PERMAINAN KECIL
__________________________________________________________________________________
Permainan kecil 1
Organisasi
*grid 20m-20m
*16 pemain (7 vs 7)+2GK
*1 bola
*4 kon
*2 gol kecil

Aktiviti:
a.pemainx akan melambung dan melakukan tandukan pada rakan sepasukan yang cuba menangkap bola tersebut
b.jaringan gol hanya boleh dilakukan dengan tandukan
c.pihak lawan akan cuba menangkap bola yang dimainkan dan melakukan aktiviti yang sama
d.aktiviti ini dilakukan selama 5 minit dan 2 minit rehat dalam 3 set
__________________________________________________________________________________
Permainan kecil 2
Organisasi
*grid 20m-20m
*14 pemain(7 vs 7)+2N pemain sokongan
*1 bola
*4 kon
*4 gol kecil

Aktiviti:
a.pemain o akan melambung dan melakukan tandukan pada rakan sepasukan yang cuba menangkap
b.pemain boleh menggunakan 2 pemain sokongan
c.pasukan akan cuba melakukan jaringan pada 2 gol dengan tandukan
d.pihak lawan akan cuba menangkap bola yang dimainkan dan melakukan aktiviti yang sama
e.aktiviti ini dilakukan selama 6 minit dan 2 minit rehat dalam 3 set.
__________________________________________________________________________________
Permainan kecil 5
Organisasi
*grid 20m-30m
*6 vs 6+2 pemain sebagai penangkap bola
*1 bola
*8 kon

Aktiviti:
a.pemain x akan melambung dan melakukan tandukan pada rakan sepasukan
b.pasukan akan cuba melakukan jaringn gol dengan menanduk bola ke pemain yang berada dalam kawasan gol
c.pemain penangkap yang boleh menangkap boleh menangkap bola di sepanjang kawasan gol akan mendapat mata
d.pihak lawan akan cuba menangkap bola yang dimainkan dan melakukan aktiviti yang sama
e.aktiviti dilakukan selama 8 minit dan 2 minit rehat dalam 3 set
__________________________________________________________________________________

-MENJARING

A.Kemahiran Asas
-kaki tendangan dihayun jauh ke belakang
-kaki penyokong ke belakang dan kiri-kira 6 arah sisi
*selepas tendangan kaki tendangan dilajakkan untuk mendapat kekuatan dan jarak tendangan

-hujuung kaki cuding
-lutut bengkok
-mata arah bola
-kepala dan badan atas bola
*kaki penyokong selari dengan bola hujung kaki ke arah sasaran(hala)

-lutut atas bola
-bola ditendang bahagian bawah
-hujung kaki tuding ke tanah
-kepala tunduk kaki tuding
-tendang terus melalui bola kaki
-tendangan lurus

*perhati kedudukan penjaga gol
*sepak menggunakan bahagian kekura kaki di tengah bola
*berat badan ke hadapan
*ketepatan diutamakan daripada kelajuan bola

B.PERMAINAN KECIL
__________________________________________________________________________________
Permainan kecil 1
Organisasi
*grid 30m-20m
*12 pemain(5 vs 5)+2 GK
*1 bola
*4 kon
*2 gol kecil

Aktiviti:
a.pemain sepasukan bebas melakukan hantaran sesama sendiri
b.pemain akan cuba melakukan rembatan ke arah gol lawan
c.pihak lawan akan cuba merebut bola yang dimainkan dan melakukan aktiviti yang sama
d.masa yang di beri untuk aktiviti ini ialah 10 minit
e.pemain perlu menggunakan pemain sokongan untuk mengumpan sebelum melakukan rembatan jaringan
__________________________________________________________________________________
Permainan kecil 2
Organisasi
*grid 30m-20m
*10 pemain(5 vs 5)+2 GK+4N
*1 bola
*4 kon
*2 gol kecil

Aktiviti:
a.pemain sepasukan bebas melakukan hantaran sesama sendiri
b.pemain akan cuba melakukan rembatan ke arah gol lawan
c.pemain perlu menggunakan pemain sokongan untuk mengumpan sebelum melakukan  rembatan jaringan
d.pihak lawan akan cuba merebut bola yang dimainkan dan melakukan aktiviti yang sama
e.masa yang di beri untuk aktiviti ini ialah 10 minit
__________________________________________________________________________________
Permainan kecil 3
Organisasi
*grid 20m-30m
*16 pemain(5 vs 5)+2 N+4 GK
*2 bola
*4 kon
*4 gol kecil

Aktiviti:
a.pemain sepasukan bebas melakukan hantaran sesama sendiri
b.pemain akan cuba melakukan rembatan ke arah gol lawan
c.pemain boleh menggunakan pemain sokongan untuk melakukan umpanan sebelum membuat rembatan
d.pihat lawan akan cuba merebut bola yang dimainkan dan melakukan aktiviti yang sama
e.masa yang di beri untuk aktiviti ini ialah 10 minit
__________________________________________________________________________________
Permainan kecil 4
Organisasi
*grid 30m-20m
*18 pemain(4 vs)+8N+2 GK
*8 pemain sokongan di keliling grid
*1 bola
*4 kon
*2 gol kecil

Aktiviti:
a.pemain sepasukan bebas melakukan hantaran sesama sendiri
b.pemain akan cuba melakukan rembatan ke arah gol lawan
c.sebelum melakukan rembatan pemain perlu menghantar dan menerima umpanan daripada pemain sokongan
d.pihak lawan akan cuba merebut bola yang dimainkan dan melakukan aktiviti yang sama
e.masa yang di beri untuk aktiviti ini ialah 10 minit
__________________________________________________________________________________
Permainan kecil 5
Organisasi
*grid 40m-30m
*14 pemain(6 vs 6)+2 GK
*1 bola
*4 kon

Aktiviti:
a.gol diletatakkan seperti dalam rajah
b.pemain bebas bergerak dalam kawasan grid pemainan
c.pemain melakukan hantaran sesama sendiri dalam kawasan grid pemain
d.pemain akan cuba melakukan rembatan ke arah gol lawan
e.sebelum menjaring gol pemain perlu menghantar dan menerima umpanan daripada pemain sokongan
f.pihak lawan akan cuba merebut bola yang dimainkan dan melakukan aktiviti yang sama
g.masa yang di beri untuk aktiviti ini ialah 10 minit
__________________________________________________________________________________

Monday 28 November 2011

BAB4-PERSEDIAAN DAN PERANCANGAN

=PERTIMBANGAN UNTUK LATIHAN

a.Tahan murid:
Aktiviti sukan yang dijalankan perlu bersesuaian dengan tahap umur dan keupayaan murid.

b.Bilangan murid:
Guru harus mengetahui bilangan murid yang akan menyertai aktiviti ini supaya dapat menyediakan peralatan yang mencukupi dan ruang latihan yang bersesuaian.

c.Langkah-langkah keselamatan:
Antara langkah keselamatan yang perlu diambil perhatian oleh guru ialah:
-Tahap kesihatan murid.
-Memanaskan badan sebelum aktiviti dan gerak kendur dilakukan selapas aktiviti.
-Pakaian dan kasut yang sesuai dengan aktiviti
-Peralatan dan kemudahan yang digunakan dalam keadaan baik dan selamat.

d.Tempat latihan:
Ruang latihan yang sesuai dan selamat.

e.Kemudahan peralatan:
Merancang jumlah dan jenis-jenis peralatan yang perlu digunakan semasa aktiviti;conton;kon,bola segar dan tali.

f.Masa latihan:
Masa yang diperuntukkan untuk aktiviti sukan adalah seperti berikut:
-sekolah rendah              60minit/minggu
-sekolah menengah          90minit/minggu

g.Guru perlu memahami bahawa:
-Murid kurang menguasai kemahiran motor halus(fine motor skills)
-Pergerakan murid merupakan aksi keseluruhan tubuh badan dengan tumpuan kepada sasaran adalah minima.
-Murid mempunyai sumber tenaga yang rendah tetapi minat yang mendalam.
-Murid sedang membina kordinasi dan masih kekok dalam pergerakan.
-Murid mendapat keseronokan dari penyertaan
-Aksi murid bukan secara automatik.
-Murid kurang pasti aksi mana yang akan menghasilkan kemahiran yang akan berjaya.
-Murid menggangap setiap penerangan sebagai aspek penting oleh yang demikian kurangkan memberi input lisan yang banyak pada sesuatu masa.
-Murid tiada gambaran berkenaan kemahiran yang baru
-Murid kurang berupaya menggunakan maklumbalas secara afektif.

PANDUAN PEMILIHAN AKTIVITI DAN CONTOH 1 SESI LATIHAN
Pemain:bola sepak
Tarikh:____________
Masa:60minit
Kemahiran:hantaran leret
Alatan:bola,kon,bip

KOMPONEN/MASA  dan  AKTIVITI/KETERANGAN
-memanaskan badan
(+10minit)
*regangan
*joging

-aktiviti kemahiran(+10minit)
*keterangan:
= aktiviti1:=lari perlahan secara ulang alik dalam jarak 10 selama 3minit.
=aktiviti2=melakukan aktiviti hantaran leret 10 m dalam kumpulan 6 orang selama 3minit.

-permainan kecil(+15minit)
=organisasi
*grid 30m-40m
*12pemain
*4bola
*4kon
=aktiviti:
*pemain yang ada bola akan mengawal dan melakukanhantaran leret/dekat pada pemain yang tiada bola.
*pemain yang tiada bola akan berlari anak
*aktiviti ini dilakukan selama 4minit dan 1minit rehat dalam 3set.

-permainan kecil(+20minit)
=organisasi
*grid 30m-40m
*12pemain(6 vs 6)
*1 bola
*4 kon
=aktiviti
*pemain akan membuat hantaran leret pada rakan sepasukan secara tolak dan tahan (one touch)
*pasukan yang dapat mencapai 10 hantaran berterusan akan diberi 1 mata.
*pihak lawan akan cuba merebut bola yang dimainkan dan melakukan aktiviti yang sama
*aktiviti ini dilakukan selama 8 minit dan 2 miniit rehat dalam 3set.

-menyejukkan badan(+5minit)
*regangan
*perbincangan


=AKTIVITI MEMANASKAN BADAN
a.Tujuan aktiviti memanaskan badan adalah:
-meningkatkan suhu badan (faktor utama untuk meningkatkan prestasi)
-meransang aktiviti CNS (meningkatkan fungsi transmisi saraf-kontraksi otot menjadi lebih cepat lebih kuat)
-mengurangkan masa reaksi motor
-meningkatkan koordinasi mengurangkan risiko kecederaan
-meningkatkan tahap motivasi dan persediaan psikologi.

=AKTIVITI GERAK KENDUR
a.selepas aktiviti intensiti tinggi(latihan/pertandingan)terdapat jumlah darah yang banyak menuju ke jantung
b.jangan berhenti bergerak secara tiba-tiba kerana ini akan menyebabkan pengumpulan di vena hujung kaki  dan tangan.Cara ini juga boleh mengganggu peredaran darah ke  jantung,otao dan otot.
c.pergerakan perlahan selama 5-10 minit(jalan,aktiviti aerobik intensiti rendah)boleh membantu menggalakkan  peredaran darah-elak pening/pengsan.Aktiviti ini diikuti dengan senaman regangan(regangan statik)
d.masa ini paling baik untuk senaman kerana:
*kebolehan otot memenjang yang maksimum
*bantu mengurangkan edema dan asid laktik

CONTOH AKTIVITI MEMANASKAN BADAN
-senama regangan statik
-senaman regangan dinamik

CONTOH AKTIVITI GERAK KENDUR.
-aktiviti-aktiviti(berpasangan)


                                                                              

BAB3-LATAR BELAKANG SUKAN

SEJARAH DAN PERKEMBANGAN

Persekutuan Bola SepakAntarabangsa atau FIFA adalah satu badan pentadbiran yang ditubuhkan untuk menguruskan bola sepak.Oleh sebab permainan bola sepak dimainkan dengan cara yang berbeza-beza di sekolah-sekolah di United Kingom,undang-undang dan peraturan awal telah diperkenalkan bagi menyeragamkan  
cara permainan dan memudahkan pemain-pemain memahami peraturan-peraturan tersebut.  Pada tahun 1863, Persatuan Bola Sepak England telah ditubuhkan oleh beberapa kelab bola sepak.  Mereka menggubal satu undang-undang bola sepak yang formal dan undang-undang ini dikembangkan menjadi Undang-Undang Bola Sepak yang diguna pakai sehingga kini.

Pada 1 Mac 1921, Jules Rimet talah dilantik menjadi presiden ketiga Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa.  Beliau merancang untuk mengadakan kejohanan secara kecil-kecilan dan satu peraturan telah diluluskan pada tahun 1928.  Pemenang kejohanan akan dinobatkan sebagai juara dan akan diberikan trofi yang pertama.  Seorang pengukir Perancis, Abel Lafleur telah dipertanggungjawabkan untuk mencipta trofi yang pertama. 
trofi ini dikenali sebagai Piala Jules Rimet.  Kongres pertama yang berlangsung di Barcelona telah memilih Uruguay sebagai tuan rumah yang pertama pada 1 Mei 1929.

Buat pertama kalinya, pada 18 Julai1930, kejohanan pertama Piala Uruguay.  Kejohanan ini diadakan di tiga gelanggang di Montevideo dengan Uruguay yang menjadi tuan rumah muncul sebagai juara selapas menewaskan Argentina 4 - 2 di dalam perlawanan akhir.

Piala Dunia telah terhenti apabila tercentusnya Perang Dunia Kedua.  Walau bagaimanapun Julies Rimet telah berusaha keras di sepanjang 33 tahun beliau memegang tugas sebagai Presiden.  Impiannya menjadi kenyataan apabila FIFA telah terdiri daripada 85 negara dari seluruh dunia.  Rimet yang dilantik Presiden Kehormat pertama FIFA telah meninggal dunia setahun kemudian dan diganti dengan Rodolphe William Seeldrayers pada tahun 1958.  FIFA telah memutuskan kejohanan itu diadakan secara berselang-seli di benua Eropah dan Amerika Selatan.  Operasi FIFA banyak diakwal selia oleh Ernst B. Thommen yang bertindak sebagai Penganjur Jawatankuasa Pertandingan bagi Piala Dunia 1954, 1958 dan 1962 sebelum Sir Stanley Rous dilantik sebagai Presiden FIFA keenam.  Antara sumbangan besar Rous ialah menambah keahlian baru dan menyiarkan kejohanan Piala Dunia secara meluas di seluruh dunia.

PERKEMBANGAN BOLA SEPAK DI MALAYSIA

Pada tahun 1962, satu Persatuan Bola Sepak ditubuhkan dan selepas itu secara rasminya menjadi persatuan bola sepak kebangsaan pada 1933.  Persatuan ini dikenali sebagai Football Association of Malaya (FAM).  Sir Andrew Caldecott dilantik menjadi Presiden FAM yang pertama pada tahun 1933 dan diikuti oleh m. Shelley, Dr J. Webster, S. Scott, R. Williamson dan Andrian Clark.  Mereka menerajui persatuan ini sehingga tahun 1940 sebelum Peperangan Dunia Kedua meletus.

Selepas tamat perang, Presiden FAM ialah J. King, diikuti dengan H. Bryson dan Dr C. Rawson.  Mereka berkhidmat selama 2 tahun setiap seorang sebelum tampuk pemerintahan FAM bebas daripada pengaruh pemerintahan kuasa British.

Pada tahun 1951 pula, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj iaitu Perdana Menteri Malaysia yang pertama telah dilantik sebagai Presiden FAM.  Kemudian pucuk pimpinan FAM telah diambil alih oleh Perdana Menteri Malaysia yang kedua iaitu Tun Abdul Razak Haji Hussein.  Pada tahun 1976, jawatan tersebut telah diisi oleh Tan Sri Datuk Seri Setia Raja Hamzah Haji Abu Samah.

Yang Teramat Mulia Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah merupakan tokoh yang banyak membantu dalam pembangunan sukan bola sepak tanah air.  Pada tahun 1989 Liga Semi-pro diperkenalkan sebelum sukan ini diiktiraf sebagai sukan profesional beberapa tahun kemudian.

Di bawah pengurusan Sultan Haji Ahmad Shah, perkembangan permainan bola sepak banyak mendapat perhatian dari dalam dan luar negara sehinggalah persatuan bola sepak berjaya mengelolakan satu kejohanan berpestij iaitu Piala Remaja Dunia pada 1997.  Daripada bangunankecil di Jalan Birch, FAM akhirnya mempunyai kompleks mereka sendiri di Kelana Jaya.  Bangunan itu juga merupakan pusat pentadbiran bola sepak kebangsaan yang pertama.

FAM memainkan peranan besar dalam program pembangunan bola sepak negaradengan mengadakan kerjasama erat dengan Majlis Sukan Negara dan Kementerian Pelajaran Malaysia.  Satu contoh yang baik adalah pengelolaan Pertandingan Liga Piala Menteri Pelajaran Malaysia Bawah 14 tahun dan Liga Remaja KPM/FAM Bawah 17 tahun yang bermula pada tahun 2008.  Pertandingan ini melibatkan Sekolah Sukan Malaysia, Sekolah Sukan Bola Sepak dan Sekolah Sukan Negeri yang mewakili 14 buah negeri di Malaysia.

PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG PERMAINAN

Dalam permainan bola sepak Undang-Undang Permainan terkini terdiri daripada 17 undang-undangnya yang tersendiri:

-  Undang-Undang 1: Padang Perlawanan
-  Undang-Undang 2: Bola
-  Undang-Undang 3: Bilangan Pemain
-  Undang-Undang 4:Alatan Pemain
-  Undang-Undang 5:Pengadil
-  Undang-Undang 6:Pembantu Pengadil
-  Undang-Undang 7:Tempoh Masa Bermain
-  Undang-Undang 8:Mula dan Masa Semula Permainan
-  Undang-Undang 9:Bola di Dalam dan di Luar Permainan
-  Undang-Undang 10:Cara Menentukan Jaringan
-  Undaang 12:Kesalahan-kesalahan dan Kelakuan yang Tidak Bersopan
-  Undang-Undang 13:Sepakan Percuma
-  Undang-Undang 14:Sepakan Penalti
-  Undang-Undang 15:Lontaran ke Dalam
-  Undang-Undang 16:Sepakan Gol
-  Undang-Undang 17:Sepakan Penalti

Undang-undang 1 dan 2:(sila rujuk 3.3)
=undang-undang 3:bilangan pemain

a.PENMAINAN
Perlawanan bola sepak memerlukan dua pasukan sahaja.Setiap pasukan mestilah terdiri daripada 11 orang pemain termasuk penjaga gol.Perlawanan tidak boleh dimulakan sekiranya terdapat kurang daripada 9 orang pemain.
Rajah:Setiap pasukan terdiri daripada 11 pemain termasuk seorang penjaga gol.

b.PERLAWANAN RASMI
Setiap perlawanan rasmi yang dianjurkan oleh FIFA dan persatuan-persatuan di bawah gabungannya.Hanya 3 orang pemain sahaja dibenarkan untuk membuat pertukaran.Peraturan pada setiap pertandingan mestilah  menyatakan berapakah bilangan pemain gantian yang dibenarkan untuk membuat pertukaran (3-7 pemain).

c.NAMA PEMAIN GANTIAN 
Dalam setiap perlawanan,nama-nama pemain gantian mestilah biberikan kepada pengadil sebelum perlawanan dimulakan.Pemain gantian yang tidak didaftarkan tidak akan dibenarkan untuk bermain.

d.PERATURAN PEMAIN GANTIAN
Pertukaran pemain gantian tidak boleh dilakukan secara sewenang-wenangnya.Pengadil mestilah dimaklumkan sebelum sebaran pertukaran dibuat.Pemain gantian hanya boleh memasuki padang selepas pemain yang hendak digantikan keluar dari padang dan selepas mendapat isyarat daripada pengadil.Proses pertukaran lengkap apabila pemain gantian memasuki padang permainan dan pemain yang telah diganti itu tidak boleh lagi mengambil bahagian dalam perlawanan tersebut.

e.PERTUKARAN PENJAGA GOL
Untuk menukar penjaga gol,pengadil hendaklah diberi tahu terlebih dahulu sebelum pertukaran dibuat.

=Undang-undang 4:peralatan pemain

a.KESELAMATAN
Pemain tidak di benarkan memakai peralatan atau perhiasan yang boleh membawa bahaya kepada dirinya dan juga kepada pemain-pemain yang lain.Sebagai contoh cincin gelang atau jam tangan.

b.PERALATAN ASAS
Setiap pemain juga perlu mematuhi undang-undang berpakaiaan.Berikut adalah peralatan asas yang patut dipakai oleh pemain:
-jersi
-kasut bola
-seluar pendek
-stoking
-pelindung kaki

c.PELINDUNG KAKI(SHIN GUARDS)
Setiap pemain juga memerlukan pelindung pada kaki.Pelindung atau pun shin guards yang diperbuat daripada bahan yang sesuai seperti getah atau plastik perlu dipakai di dalam stokin.

d.PENJAGA GOL
Penjaga gol perlu memakai warna jersi yang berlainan daripada pemain lain,pengadil dan pembantu pengadil.

e.PELANGGARAN PERATURAN
Seseorang pemain itu tidak dibenarkan bermain sekiranya mereka melanggar peraturan.Pengadil akan mengarahkan pemain yang melakukan kesalahan meninggalkan padang.Pemain tersebut tidak dibenarkan memasuki padang sehingga diberitahu pengadil.Pengadil akan memeriksa pemain tersebut sebelum dibenarkan meneruskan pemain dan dia hanya dibenarkan memasuki padang setelah bola terkeluar dari padang.

=Undang-undang 5:pengadil

a.KUASA PENGADIL 
Setiap perlawanan akan dikawal oleh pengadil yang berkelayakkan dan mendapat sepenuh kuasa dalam mengadilkan perlawanan bola sepak
rajah:pengadil mengawal perlawanan dengan dibantu oleh 2 penolong pengadil.

b.TUGAS PENGADIL
Berikut adalah tugas-tugas seorang pengadil:

-Melaksanakan undang-undanag perlawanan
-Mengawal permainan dengan bantuan pembantu pengadil
-Memastikan bola yang dugunakan memenuhi syarat
-Memastikan peralatan pemain yang digunakan memenuhi syarat undang-undang 4
-Bertindak sebagai penjaga masa dan sentiasa merekodkan masa permainan
-Memberhentikan atau membatalkan permainan sekiranya berlaku sebarang gangguan daripada pihak luar
-Memberhentikan perlawanan sekiranya terdapat kecederaan teruk pada pemain dan memastikan pemain   itu dibawa keluar dari padang
-Memastikan pemain yang mengalami pendarahan atau luka meninggalkan padang
Pemain yang cedera itu hanya dibenarkan memasuki padang semula setelah mendapat isyarat daripada pengadil
-Mengenakan denda yang lebih berat kepada pemain yang melakukan lebih daripada satu kesalahan
-Mengambil tindakan displin ke atas pemain yang membuat kesalahan yang berat dan mengarahkan pemain itu supaya keluar padang
-Mengambil tindkan ke atas pegawai pasukan yang gagal mengawal kelakuan semasa perlawanan
-Bertindak melalui nasihat yang diberikan oleh pembantu pengadil atas kesalahan yang tidak dapat dilihat olehnya
-Menyambung semula permainan selepas memberhentikannya

c.KEPUTUSAN PENGADIL
Keputusan pengadil adlah muktamad.  Pengadil hanya akan menukar keputusannya apabila menyedari bahawa keputusan tersebut adalah salah atau setelah berbincang dengan pembantu pengadil.

=Undang-undang 6:pembantu pengadil/penjaga garisan

a.TUGAS
Seseorang pengadil dibantu oleh dua pembantu pengadil.  Antara tugas pembantu pengadil ialah:

-Memastikan keseluruhan bola keluar dari garisan permainan
-Memastikan arah tendangan sudut, tendangan gol dan balingan bola ke dalam padang
-Memaklumkan pemain yang berada dalam keadaan ofsaid
-Membantu mengesan sebarang kesalahan atau kejadian yang berlaku di luar pandangan pengadil utama

b.PEMBANTU
Memastikan pengadil mengawal perlawanan berdasarkan undang-undang permainan bola sepak.  Pengadil akan memberikan tanggungjawab kepada pembantu pengadil untuk membuat laporan kepada pihak atasan apabila sesuatu keadaan itu tidak boleh dikawal.
rajah:dua orang penolong pengadil sedang bertugas semasa pertukaran dilakukan.

=Undang-undang 7:tempoh masa pelawanan

a.TEMPOH PERMAINAN
Tempoh permainan pada setiap separuh masa adalah 45 minit, kecuali terdapat persetujuan terhadap perubahan antara pengadil dan kedua-dua pasukan.  Sebarang persetujuan untuk menukar masa permainan hendaklah dibuat sebellum permainan itu dimulakan.  Contohnya mengurangkan masa untuk setiap separuh masa kepada 40 minit.


=Undang-undang 8:permulaan perlawanan


a.PERMULAAN PERLAWANAN
Penentuan pasukan mana yang berhak sama ada untuk memilih kawasan gol atau memulakan pertandingan dengan melambung duit syiling.  Pasukan yang kalah lambungan syiling akan memulakan pertandingan, sekiranya pihak yang menang memutuskan untuk memilih kawasan gol manakala pasukan yang menang lambungan syiling akan memulakan sepakan mula pada separuh masa kedua.


b.SEPAK MULA
Sepak mula merupakan cara untuk memulakan perlawanan atau memulakan kembali perlawanan pada separuh masa kedua.  Selain itu, sepak mula juga dibuat selepas jaringan gol dilakukan dan ketika permulaan di setiap separuh masa semasa tambahan masa.  Jaringan yang berpunca daripada sepak mula adalah sah.


c.PROSEDUR
Semua pemain mestilah berada di kawasan mereka sendiri.  Pasukan lawan hendaklah berada sekurang-kurangnya 9.15m (10ela) daripada bola,semasa sepak mula diambil dan bola mestilah dalam keadaan pegun dan berada di tengah-tengah kawasan bulatan.  Selepas pengadil memberi isyarat mula, pemain tengah perlu membuat sepak ke hadapan untuk dihantar kepada rakan pasukannya yang lain.  Pemain yang mengambil mula tidak boleh menendang bola itu kembali sebelum ianya disentuh oleh pemain lain.  Selepas pasukan tersebut menjaringkan gol, sepak mula akan diambil oleh pasukan lawan.


=Undang-undang 9:bola masuk dan keluar


Pengadil akan menghentikan perlawanan sekiranya bola dikira keluar dari padang apabila melintasi garisan tepi, sama ada bola meleret di atas atau di udara garisan padang.


=Undang-undang 10:jaringan


Jaringan gol akan dikira apabila seluruh bola melepasi garisan gol antara tiang gol dan di bawah besi palang gol, dengan syarat pemain pasukan penyerang tidak melempar, membawa dan menolak dengan menggunakan lengan atau tangan.


Satu gol akan diperoleh dengan setiap jaringan.  Pasukan yang menjaringkan gol paling banyak gol akan dikira sebagai pemenang perlawanan.  Perlawanan akan dikira seri sekiranya kedua-dua pasukan menjaringkan jumlah gol yang sama semasa tempoh perlawanan.  Rajah di bawah menunjukkan contoh keadaan bola bagi menentukan jaringan gol.


=Undang-undang 11:ofsaid
Adalah tidak mejadi kesalahan semata-mata kerana berada di kedudukan ofsaid.  Seorang pemain berada di kedudukan ofsaid jika:


-dia berada lebih hampir dengan garisan gol lawan daripada bola dan pemain lawan yang kedua terakhir.


Seorang pemain tidak berkedudukan ofsaid jika:


-dia berada di kawasan permainannya sendiri atau
-dia berada separas dengan pemain lawan yang kedua terakhir atau
-dia berada separas dengan dua pemain lawan terakhir


a.KESALAHAN


Pemain yang berkedudukan ofsaid hanya dihukum jika pada ketika bola disentuh atau dimainkan oleh pemain pasukannya pada pendapat pengadil dia terlibat aktif dalam permainan dengan:


-mengganggu permainan
-mengganggu pemain pihak lain
-memperoleh keuntungan dengan berada di kedudukan itu


b.TIADA KESLAHAN OSFAID


Osfaid tidak dikira jika pemain menerima bola terus dari:


-sepakan gol
-lontaran ke dalam
-sepakan penjuru


c.PELANGGARAN DAN HUKUMAN


Untuk kesalahan ofsaid pengadil akan memberi sepakan percuma tidak terus kepada pasukan pihak lawan yang dibuat di tempat kesalahan berlaku.


UKURAN


i. Ukuran padang


Padang permainan mestilah berukuran segi empat tepat.  Ukuran padang permainan adalah bagi sekolah rendah adalah seperti berikut:


-Panjang :73.15m-82m
-Lebar : 54.86m-64.01m


ii. Kawasan padang


Untuk melancarkan permainan, garisan perlu ditandakan pada setiap kawasan padang untuk membezakan sesuatu kawasan.  Dua garisan panjang sempadan disebut garisan padang manakala dua garisan pendek disebut garisan gol.  Ukuran bagi semua garisan mestilah tidak melebihi daripada 12sm (5 inci) lebar.  Kemudian padang akan dibahagikan kepada dua bahagian melalui garisan tengah.  Kawasan bulatan di tengah padang mempunyai ukuran jejari 9.15m (10 ela).


iii. Ukuran tiang penjuru dan kawasan sepakan penjara


-Tinggi tiang tiang tidak kurang daripada 1.5m
-Lengkok penjuru (jejari 1m)


iv. Ukuran tiang gol


-Panjang :2.13m
-Lebar :6.40m


v. Bola


Bola mestilah berbentuk sfera dan diperbuat daripada kulit binatang atau bahan lain yang dibenarkan.  Lilitan bola yang ditetapkan oleh FIFA adalah 68 sm-70 sm dan berat bola dalam lingkungan 410 g - 450 g.  Bola yang digunakan untuk pemain dewasa ialah bersaiz 4.


PERALATAN DAN PAKAIAN


i. Pakaian sukan dan kasut yang sesuai bagi seorang pemain bola sepak.


ii. Saiz bola -4"


iii. Peralatan tambahan seperti kon, penanda, wisel dan bip.


PENGELOLAAN KEJOHANAN/SISTEM PERTANDINGAN


i. Pertandingan kalah mati


Pertandingan cara ini paling mudah dan ringkas dikelolakan.  Pemenang akan terus bertanding manakala yang kalah akan tersingkir.  Sistem ini sangat sesuai dalam mengelolakan pertandingan yang terdapat banyak penyertaan tetapi kekurangan masa, sumber kewangan, tempat, kemudahan, peralatan dan sumber manusia.  Sistem ini bukan caraa yang terbaik untuk mengukur keupayaan sesuatu pasukan atau peserta.


a.Kelebihan
-boleh dijalankan dalam masa yang singkat
-cepat memilih pemenang
-boleh dijalankan dengan peralatan yang terhad
-seronok untuk ditonton
-penyertaan ramai


b.Kelemahan
-pasukan yang menjadi johan, boleh jadi bukan yang benar-benar terbaik
-separuh daripada pasukan akan terkeluar selepas pusingan pertama
-kemungkinan ada antara pemain dari pasukan yang kalah langsung tiada peluang


Cara mengira bilangan pasukan atau peserta menunggu (bye).  Bilangan menunggu (bye) dalam sistem pertandingan ini boleh dikira dengan menggunakan angka ganda dua iaitu angka 2, 4, 8, 16, 32 dan seterusnya.


Contoh 7 pasukan yang bertanding.  Angka yang lebih dari 7 ialah 8.  Maka 8 ditolak 7 ialah 1.  Oleh itu bermakna ada 1 pasukan menunggu (bye). 


ii. Pertandingan liga


Merupakan satu-satunya pertandingan yang sesuai dijalankan sekiranya pertandingan ini bertujuan memilih pasukan yang terbaik.  Perkara-perkara yang perlu diambil perhatian:


-Masa yang mencukupi
-Kewangan yang ada
-Bilangan pengadil
-Kemudahan dan peralatan yang ada


Pertandingan boleh dijalankan dalam


-Liga satu pusingan
-Liga berkumpulan