Sunday 27 November 2011

BAB2-PENGURUSAN KELAB SUKAN
=PENGENALAN
Pengurusan melibatkan empat proses utama iaiu merancang,mengelola,memimpin,dan mengawal.
ALIRAN PENGURUSAN DALAM SUKAN
-Merancang=melibatkan proses menentukan objektif kelab sukan dan cara untuk mencapai objektifnya.
-Mengelola=merujuk kepada proses mengagihkan serta mengkoordinasikan tugas serta sumber untuk mencapai sesuatu objektif kelab sukan.
-Memimpin=proses mempengaruhi murid-murid atau orang bawahan untuk bekerja dalam mencapai matlamat kelab sukan.
-Mengawal=proses membentuk dan menimplimentasikan mekanisme penilaian kerja bagi memastikan objektif kelab sukan yang dirancang akan tercapai.


=PENUBUHAN KELAB
Dalam menubuhkan sesebuah pertubuhan di sekolah di sekolah,pihak sekolah perlulah mengenalpasti beberapa kriterial yang perlu diambil perhatian terlebih dahulu.Antara kriterial tersebut ialah seperti berikut:
-Mengenalpasti kepakaran yang ada (guru yang bakal dilantik);
-Kemudahan frasarana sukan yang ada di sekolah.
-Peralatan sukan yang sedia ada di sekolah.
-Budaya sukan kegemaran yang menjadi pilihan murid-murid di sekolah,dan,
-Bilangan guru dan bilangan murid


1,MENGENALPASTI KEPAKARAN YANG ADA (GURU YANG BAKAL DILANTIK)
Dalam memilih dan melantik guru penasihat kelab sukan sekolah,phak pengurusan perlulah mengambil kira aspek-aspek kepakaran sedia ada daripada guru-guru itu sendiri.Ini merujuk kepada penglibatan guru tersebut sejak dari bangku sekolah lagi,di institut pendidikan guru(IPG)atau di universiti.sememangnya bukan semua guru mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang sukan,namun sekurang-kurangnya pengalaman sejak dari bangku sekolah juga boleh dijadikan asas pertimbangan perlantikkan seseorang guru itu sebagai guru penasihat sesebuah kelab sukan.
2.KEMUDAHAN FRASARANA SUKAN YANG ADA DI SEKOLAH
Frasarana merupakan satu elemen yang mempengaruhi perlaksanaan program-program sukan di sekolah.sekolah yang mempunyai padang akan mempunyai banyak kelebihan dalam menyusun atuk program sukan krususnya sukan-sukan yang sering menjadi amalan di sekolah tersebut.bagi sekolah yang mempunyai gelanggang juga perlu bijak menyusun program-program sukan yang berasaskan gelanggang.Manakala sekolah yang mempunyai dewan tertutup pula mempunyai kelebihan tersendiri dalam merancang program sukan di sekolah.
3.PERALATAN SUKAN YANG SEDIA ADA DI SEKOLAH 
Peralatan sukan juga mempengaruhi pelaksanaan program sukan di sekolah.Pelbagai aspek perlu dilihat secara menyeluruh dalam menyediakan peralatan sukan di sekolah.Pihak sekolah mungkin boleh mempertimbangkan aspek bilangan jenis bilangan sukan yang diwujudkan dalam sekolah ,bilangan murid-murid yang akan menyertai sesuatu jenis sukan dan bilangan guru penasihat yang boleh mengelenggarakan sesuatu peralatan sukan itu.Sesuatu jenis peralatan sukan ini juga mungkin akan dipengaruhi oleh harga yang mahal tetapi mampu tahan untuk jangka yang panjang atau harga yang murah tetapi tidak tahan untuk jangka masa yang lama.
4.BUDAYA SUKAN KEGEMARAN YANG MENJADI PILIHAN MURID-MURID DI SEKOLAH
Pemilihan jenis-jenis sukan untuk kelab sukan di sekolah sangat dipengaruhi oleh budaya sukan di sekolah berkenaan atau mungkin dipengaruhi oleh persekitaran masyarakat di komuniti tersebut.Pemilihan sukan-sukan itu perlulah bersesuai dengan budaya sedia ada bagi memudahkan penglibatan menyeluruh murid-murid.
5.BILANGAN GURU DAN BILANGAN MURID
 Bilangan guru dipengaruhi pengalaman guru tersebut sama ada sebagai seorang ahli sukan ataupun guru penasihat atau juru latih sebelum ini.Bilangan guru dalam satu -satu jenis sukan dipengaruhi bilangan murid-murid yang yang menyertai kelab sukan tersebut.Penyertaan murid-murid dalam satu-satu kelab sukan juga perlu dikawal agar tidak terlalu ramai ahli dalam kelab berkenaan.Contohnya kelab sukan bola sepak dan badminton pasti menjadi  pilihan utama murid-murid di Malaysia,oleh itu guru penasihat perlu bijak mengagih-agihkan murid-murid sekolah secara menyeluruh.


=ORGANISASI KELAB SUKAN
Organisasi kelab sukan sekolah perlu distruktur agar sistem pengoperasiannya berjalan dengan cara yang berkesan.Ini merupakan latihan awal murid-murid dalam menguruskan sesebuah kelab sukan yang mungkin sedikit sebanyak menyamai organisasi sukan di luar.


=BIDANG TUGAS JAWATANKUASA KELAB
1. PENGERUSI
-Mempengerusikan semua mesyuarat bertanggungjawab atas kesempurnaan semua masyarakat;
-Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan yang diputuskan diambil tindakan yang sewajarnya ;dan 
-Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa.
2.NAIB PENGERUSI
-Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diberi;
-Mempengurusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengerusi;dan 
-Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa.
3.SETIAUSAHA
-Menguruskan hal-hal surt menyurat;
-Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat/laporan kegiatan-kegiatan;
-Mencatat kehadiran ahli 
-Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan kelab;dan
-Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa.
4.PENOLONG SETIAUSAHA 
-Membantu setiausaha dalam menjalankan segala tugas dan tanggungjawab;
-Menjalankan tugas setiausaha sewaktu ketiadaan setiausaha;dan
-Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh guru penasihat dari masa ke semasa
5.BENDAHARI
-Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan kelab
-Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan bertanggungjawab di atas kesahihannya
-Menyediakan penyata kira-kira bulanan dan tahunan serta menandatanganinya
-Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta di dalam mesyuarat ahli jawatan kuasa
-Menyediakan Laporan Kewangan untuk di audit dan dibentangkan dalam Mesyuarat Agung
-Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa ke semasa
6.PENOLONG BENDAHARI
-Menjalankan tugas-tugas Bendahari sewaktu ketiadaan Bendahari
-Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa ke semasa
7.AHLI JAWATANKUASA
-Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti yang dilaksanakan
-Mempengurusikan biro sekiranya dilantik
-Menjalankan tuga-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa ke semasa
8.PEMERIKSA KIRA-KIRA
-Memeriksa,menyememak serta mengesahkan Laporan Kewangan tahunan dan bertanggungjawab ke atasnya
-Memastikan pengurusan kewangan diuruskan dengan betul


Dalam mengendalikan kelab sukan, guru penasihat perlulah menyelaras dan memantau perkembangan jawatankuasa semasa merancang dan menjalankan aktiviti yang dirancang.  Guru penasihat perlulah memberikan maklumat dan dorongan kepada jawatankuasa kelab agar aktiviti yang dirancang dapat berjalan dengan baik bagi memberikan keseronokkan kepada ahli-ahli kelab.  Bidang kerja yang diberikan merupakan cadangan pecahan bidang tugas jawtankuasa kelab sukan yang bakal dibentuk nanti.




No comments:

Post a Comment