Friday 25 November 2011

MODUL LATIHAN SUKAN

BAB 1
DASAR 1MURID 1SUKAN

1.1 PENGENALAN

Dasar 1 Murid 1 Sukan ( 1M1S ) mewajibkan murid mengikuti sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan ke arah melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.
Dasar ini juga selaras dengan Dasar Sukan Negara yang memberi penekanan kepada Sukan Untuk Semua dan Sukan Untuk Kecemerlangan. Pelaksanaan dasar ini memberi perhatian utama kepada murid yang kurang aktif supaya mereka melibatkan diri dalam aktiviti sukan. Pada masa yang sama , bakat murid yang berpotensi akan digilap dan dibangunkan di bawah Program Kecemerlangan Bakat Muda melalui Sukan Prestasi Tinggi Sekolah. ( SPTS ).

Bidang sukan merupakan elemen penting dalam mengoptimumkan perkembangan fizikal murid. Dalam konteks ini, penglibatan murid dalam sukan akan melahirkan generasi sihat dan produktif yang dapat memberi sumbangan kepada pembangunan sosial dan ekonomi negara. Jesteru, pelbagai aktiviti sukan perlu dijalankan di sekolah bagi menarik minat dalam sukan yang digemari agar murid-murid mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif.

Kementerian Pelajaran Malaysia ( KPM ) melaksanakan dasar ini agar setiap murid menikmati manfaat bersukan dengan harapan dapat membentuk generasi yang membudayakan sukan seiring dengan keperluan akademik sejak alam persekolahan.

1.2 RASIONAL

Dasar 1 Murid 1 Sukan mendokong Dasar Sukan Untuk Semua. Dasar ini menitik beratkan panglibatan semua murid dalam pelbagai aktiviti dan peringkat sukan. Dasar ini dibentuk atas rasional segala kegiatan sukan ialah sebahagian daripada transformasi pendidikan yang diusahakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia ( KPM ). Sukan seharusnya mendapat pengiktirafan, sokongan dan galakan yang sama sebagaimana juga yang diberikan kepada keperluan asas yang lain seperti akademik dan kegiatan ko-kurikulum supaya dapat melahirkan murid yang seimbang dari segi kesejahteraan minda dan jasmani.

Dasar ini juga menyumbang kepada penggalakan pertandingan yang sihat, semangat muhibah, kesefahaman, toleransi dan meningkatkan nilai moral dan fizikal yang memberikan satu landasan yang betul dalam mengintegrasikan pelbagai kumpulan etnik kepada satu bangsa yang bersatupadu serta memupuk semangat cinta akan negara.

Dasar 1Murid 1Sukan dapat memberikan peluang secara meyeluruh kepada semua murid melibatkan diri dalam sukan secara lebih terurus dan terancang serta mengimbangkan fokus atau penekanan dalam melahirkan insan secara holistik.

1.3 MATLAMAT

Dalam jangka masa yang panjang, dasar ini berhasrat untuk melahirkan modal insan yang sihat dan cergas melalui penyertaaan yang menyeluruh dalan kalangan murid melalui kegiatan sukan sepanjang tahun. Pelaksanaan dasar ini akan membantu bagi mengatasi masalah disiplin mengurangkan obesiti dalam kalangan murid.

Membangunkan modal insan melalui penyertaan yang menyeluruh dalam kalangan murid melalui kegiatan sukan sepanjang tahun serta memupuk budaya bersukan dalam kalangan murid sekolah agar menjadi ahli masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat dan cergas.

1.4 KONSEP

Dasar 1 Murid 1 Sukan ialah program pembangunan sukan di sekolah yang mewajibkan setiap murid Tahap2 di sekolah rendah hingga Tingkatan 6 di sekolah menengah mengikuti sekurang-kurangnya sati aktiviti sukan yang dikendalikan secara terancang dan sistematik. Dasar 1 Murid 1 Sukan berteraskan prinsip-prinsip asas perkembangan fizikal murid-murid. Jesteru, Dasar 1 Murid 1 Sukan diwujudkan untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan agar:

i. memberikan akses kepada semua murid untuk mendapatkan faedah daripada penglibatan dalam sukan khususnya kepada murid yang kurang aktif atau tidak aktif.

ii. membangunkan program sukan sekolah ke arah meningkatkan penyertaan murid sekurang-kurangnya dalam satu jenis sukan di sekolah.

iii. memberikan peluang kepada semua murid yang berbakat dan berpotensi untuk digilap ke tahap yang lebih tinggi.

No comments:

Post a Comment