Monday 28 November 2011

BAB3-LATAR BELAKANG SUKAN

SEJARAH DAN PERKEMBANGAN

Persekutuan Bola SepakAntarabangsa atau FIFA adalah satu badan pentadbiran yang ditubuhkan untuk menguruskan bola sepak.Oleh sebab permainan bola sepak dimainkan dengan cara yang berbeza-beza di sekolah-sekolah di United Kingom,undang-undang dan peraturan awal telah diperkenalkan bagi menyeragamkan  
cara permainan dan memudahkan pemain-pemain memahami peraturan-peraturan tersebut.  Pada tahun 1863, Persatuan Bola Sepak England telah ditubuhkan oleh beberapa kelab bola sepak.  Mereka menggubal satu undang-undang bola sepak yang formal dan undang-undang ini dikembangkan menjadi Undang-Undang Bola Sepak yang diguna pakai sehingga kini.

Pada 1 Mac 1921, Jules Rimet talah dilantik menjadi presiden ketiga Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa.  Beliau merancang untuk mengadakan kejohanan secara kecil-kecilan dan satu peraturan telah diluluskan pada tahun 1928.  Pemenang kejohanan akan dinobatkan sebagai juara dan akan diberikan trofi yang pertama.  Seorang pengukir Perancis, Abel Lafleur telah dipertanggungjawabkan untuk mencipta trofi yang pertama. 
trofi ini dikenali sebagai Piala Jules Rimet.  Kongres pertama yang berlangsung di Barcelona telah memilih Uruguay sebagai tuan rumah yang pertama pada 1 Mei 1929.

Buat pertama kalinya, pada 18 Julai1930, kejohanan pertama Piala Uruguay.  Kejohanan ini diadakan di tiga gelanggang di Montevideo dengan Uruguay yang menjadi tuan rumah muncul sebagai juara selapas menewaskan Argentina 4 - 2 di dalam perlawanan akhir.

Piala Dunia telah terhenti apabila tercentusnya Perang Dunia Kedua.  Walau bagaimanapun Julies Rimet telah berusaha keras di sepanjang 33 tahun beliau memegang tugas sebagai Presiden.  Impiannya menjadi kenyataan apabila FIFA telah terdiri daripada 85 negara dari seluruh dunia.  Rimet yang dilantik Presiden Kehormat pertama FIFA telah meninggal dunia setahun kemudian dan diganti dengan Rodolphe William Seeldrayers pada tahun 1958.  FIFA telah memutuskan kejohanan itu diadakan secara berselang-seli di benua Eropah dan Amerika Selatan.  Operasi FIFA banyak diakwal selia oleh Ernst B. Thommen yang bertindak sebagai Penganjur Jawatankuasa Pertandingan bagi Piala Dunia 1954, 1958 dan 1962 sebelum Sir Stanley Rous dilantik sebagai Presiden FIFA keenam.  Antara sumbangan besar Rous ialah menambah keahlian baru dan menyiarkan kejohanan Piala Dunia secara meluas di seluruh dunia.

PERKEMBANGAN BOLA SEPAK DI MALAYSIA

Pada tahun 1962, satu Persatuan Bola Sepak ditubuhkan dan selepas itu secara rasminya menjadi persatuan bola sepak kebangsaan pada 1933.  Persatuan ini dikenali sebagai Football Association of Malaya (FAM).  Sir Andrew Caldecott dilantik menjadi Presiden FAM yang pertama pada tahun 1933 dan diikuti oleh m. Shelley, Dr J. Webster, S. Scott, R. Williamson dan Andrian Clark.  Mereka menerajui persatuan ini sehingga tahun 1940 sebelum Peperangan Dunia Kedua meletus.

Selepas tamat perang, Presiden FAM ialah J. King, diikuti dengan H. Bryson dan Dr C. Rawson.  Mereka berkhidmat selama 2 tahun setiap seorang sebelum tampuk pemerintahan FAM bebas daripada pengaruh pemerintahan kuasa British.

Pada tahun 1951 pula, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj iaitu Perdana Menteri Malaysia yang pertama telah dilantik sebagai Presiden FAM.  Kemudian pucuk pimpinan FAM telah diambil alih oleh Perdana Menteri Malaysia yang kedua iaitu Tun Abdul Razak Haji Hussein.  Pada tahun 1976, jawatan tersebut telah diisi oleh Tan Sri Datuk Seri Setia Raja Hamzah Haji Abu Samah.

Yang Teramat Mulia Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah merupakan tokoh yang banyak membantu dalam pembangunan sukan bola sepak tanah air.  Pada tahun 1989 Liga Semi-pro diperkenalkan sebelum sukan ini diiktiraf sebagai sukan profesional beberapa tahun kemudian.

Di bawah pengurusan Sultan Haji Ahmad Shah, perkembangan permainan bola sepak banyak mendapat perhatian dari dalam dan luar negara sehinggalah persatuan bola sepak berjaya mengelolakan satu kejohanan berpestij iaitu Piala Remaja Dunia pada 1997.  Daripada bangunankecil di Jalan Birch, FAM akhirnya mempunyai kompleks mereka sendiri di Kelana Jaya.  Bangunan itu juga merupakan pusat pentadbiran bola sepak kebangsaan yang pertama.

FAM memainkan peranan besar dalam program pembangunan bola sepak negaradengan mengadakan kerjasama erat dengan Majlis Sukan Negara dan Kementerian Pelajaran Malaysia.  Satu contoh yang baik adalah pengelolaan Pertandingan Liga Piala Menteri Pelajaran Malaysia Bawah 14 tahun dan Liga Remaja KPM/FAM Bawah 17 tahun yang bermula pada tahun 2008.  Pertandingan ini melibatkan Sekolah Sukan Malaysia, Sekolah Sukan Bola Sepak dan Sekolah Sukan Negeri yang mewakili 14 buah negeri di Malaysia.

PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG PERMAINAN

Dalam permainan bola sepak Undang-Undang Permainan terkini terdiri daripada 17 undang-undangnya yang tersendiri:

-  Undang-Undang 1: Padang Perlawanan
-  Undang-Undang 2: Bola
-  Undang-Undang 3: Bilangan Pemain
-  Undang-Undang 4:Alatan Pemain
-  Undang-Undang 5:Pengadil
-  Undang-Undang 6:Pembantu Pengadil
-  Undang-Undang 7:Tempoh Masa Bermain
-  Undang-Undang 8:Mula dan Masa Semula Permainan
-  Undang-Undang 9:Bola di Dalam dan di Luar Permainan
-  Undang-Undang 10:Cara Menentukan Jaringan
-  Undaang 12:Kesalahan-kesalahan dan Kelakuan yang Tidak Bersopan
-  Undang-Undang 13:Sepakan Percuma
-  Undang-Undang 14:Sepakan Penalti
-  Undang-Undang 15:Lontaran ke Dalam
-  Undang-Undang 16:Sepakan Gol
-  Undang-Undang 17:Sepakan Penalti

Undang-undang 1 dan 2:(sila rujuk 3.3)
=undang-undang 3:bilangan pemain

a.PENMAINAN
Perlawanan bola sepak memerlukan dua pasukan sahaja.Setiap pasukan mestilah terdiri daripada 11 orang pemain termasuk penjaga gol.Perlawanan tidak boleh dimulakan sekiranya terdapat kurang daripada 9 orang pemain.
Rajah:Setiap pasukan terdiri daripada 11 pemain termasuk seorang penjaga gol.

b.PERLAWANAN RASMI
Setiap perlawanan rasmi yang dianjurkan oleh FIFA dan persatuan-persatuan di bawah gabungannya.Hanya 3 orang pemain sahaja dibenarkan untuk membuat pertukaran.Peraturan pada setiap pertandingan mestilah  menyatakan berapakah bilangan pemain gantian yang dibenarkan untuk membuat pertukaran (3-7 pemain).

c.NAMA PEMAIN GANTIAN 
Dalam setiap perlawanan,nama-nama pemain gantian mestilah biberikan kepada pengadil sebelum perlawanan dimulakan.Pemain gantian yang tidak didaftarkan tidak akan dibenarkan untuk bermain.

d.PERATURAN PEMAIN GANTIAN
Pertukaran pemain gantian tidak boleh dilakukan secara sewenang-wenangnya.Pengadil mestilah dimaklumkan sebelum sebaran pertukaran dibuat.Pemain gantian hanya boleh memasuki padang selepas pemain yang hendak digantikan keluar dari padang dan selepas mendapat isyarat daripada pengadil.Proses pertukaran lengkap apabila pemain gantian memasuki padang permainan dan pemain yang telah diganti itu tidak boleh lagi mengambil bahagian dalam perlawanan tersebut.

e.PERTUKARAN PENJAGA GOL
Untuk menukar penjaga gol,pengadil hendaklah diberi tahu terlebih dahulu sebelum pertukaran dibuat.

=Undang-undang 4:peralatan pemain

a.KESELAMATAN
Pemain tidak di benarkan memakai peralatan atau perhiasan yang boleh membawa bahaya kepada dirinya dan juga kepada pemain-pemain yang lain.Sebagai contoh cincin gelang atau jam tangan.

b.PERALATAN ASAS
Setiap pemain juga perlu mematuhi undang-undang berpakaiaan.Berikut adalah peralatan asas yang patut dipakai oleh pemain:
-jersi
-kasut bola
-seluar pendek
-stoking
-pelindung kaki

c.PELINDUNG KAKI(SHIN GUARDS)
Setiap pemain juga memerlukan pelindung pada kaki.Pelindung atau pun shin guards yang diperbuat daripada bahan yang sesuai seperti getah atau plastik perlu dipakai di dalam stokin.

d.PENJAGA GOL
Penjaga gol perlu memakai warna jersi yang berlainan daripada pemain lain,pengadil dan pembantu pengadil.

e.PELANGGARAN PERATURAN
Seseorang pemain itu tidak dibenarkan bermain sekiranya mereka melanggar peraturan.Pengadil akan mengarahkan pemain yang melakukan kesalahan meninggalkan padang.Pemain tersebut tidak dibenarkan memasuki padang sehingga diberitahu pengadil.Pengadil akan memeriksa pemain tersebut sebelum dibenarkan meneruskan pemain dan dia hanya dibenarkan memasuki padang setelah bola terkeluar dari padang.

=Undang-undang 5:pengadil

a.KUASA PENGADIL 
Setiap perlawanan akan dikawal oleh pengadil yang berkelayakkan dan mendapat sepenuh kuasa dalam mengadilkan perlawanan bola sepak
rajah:pengadil mengawal perlawanan dengan dibantu oleh 2 penolong pengadil.

b.TUGAS PENGADIL
Berikut adalah tugas-tugas seorang pengadil:

-Melaksanakan undang-undanag perlawanan
-Mengawal permainan dengan bantuan pembantu pengadil
-Memastikan bola yang dugunakan memenuhi syarat
-Memastikan peralatan pemain yang digunakan memenuhi syarat undang-undang 4
-Bertindak sebagai penjaga masa dan sentiasa merekodkan masa permainan
-Memberhentikan atau membatalkan permainan sekiranya berlaku sebarang gangguan daripada pihak luar
-Memberhentikan perlawanan sekiranya terdapat kecederaan teruk pada pemain dan memastikan pemain   itu dibawa keluar dari padang
-Memastikan pemain yang mengalami pendarahan atau luka meninggalkan padang
Pemain yang cedera itu hanya dibenarkan memasuki padang semula setelah mendapat isyarat daripada pengadil
-Mengenakan denda yang lebih berat kepada pemain yang melakukan lebih daripada satu kesalahan
-Mengambil tindakan displin ke atas pemain yang membuat kesalahan yang berat dan mengarahkan pemain itu supaya keluar padang
-Mengambil tindkan ke atas pegawai pasukan yang gagal mengawal kelakuan semasa perlawanan
-Bertindak melalui nasihat yang diberikan oleh pembantu pengadil atas kesalahan yang tidak dapat dilihat olehnya
-Menyambung semula permainan selepas memberhentikannya

c.KEPUTUSAN PENGADIL
Keputusan pengadil adlah muktamad.  Pengadil hanya akan menukar keputusannya apabila menyedari bahawa keputusan tersebut adalah salah atau setelah berbincang dengan pembantu pengadil.

=Undang-undang 6:pembantu pengadil/penjaga garisan

a.TUGAS
Seseorang pengadil dibantu oleh dua pembantu pengadil.  Antara tugas pembantu pengadil ialah:

-Memastikan keseluruhan bola keluar dari garisan permainan
-Memastikan arah tendangan sudut, tendangan gol dan balingan bola ke dalam padang
-Memaklumkan pemain yang berada dalam keadaan ofsaid
-Membantu mengesan sebarang kesalahan atau kejadian yang berlaku di luar pandangan pengadil utama

b.PEMBANTU
Memastikan pengadil mengawal perlawanan berdasarkan undang-undang permainan bola sepak.  Pengadil akan memberikan tanggungjawab kepada pembantu pengadil untuk membuat laporan kepada pihak atasan apabila sesuatu keadaan itu tidak boleh dikawal.
rajah:dua orang penolong pengadil sedang bertugas semasa pertukaran dilakukan.

=Undang-undang 7:tempoh masa pelawanan

a.TEMPOH PERMAINAN
Tempoh permainan pada setiap separuh masa adalah 45 minit, kecuali terdapat persetujuan terhadap perubahan antara pengadil dan kedua-dua pasukan.  Sebarang persetujuan untuk menukar masa permainan hendaklah dibuat sebellum permainan itu dimulakan.  Contohnya mengurangkan masa untuk setiap separuh masa kepada 40 minit.


=Undang-undang 8:permulaan perlawanan


a.PERMULAAN PERLAWANAN
Penentuan pasukan mana yang berhak sama ada untuk memilih kawasan gol atau memulakan pertandingan dengan melambung duit syiling.  Pasukan yang kalah lambungan syiling akan memulakan pertandingan, sekiranya pihak yang menang memutuskan untuk memilih kawasan gol manakala pasukan yang menang lambungan syiling akan memulakan sepakan mula pada separuh masa kedua.


b.SEPAK MULA
Sepak mula merupakan cara untuk memulakan perlawanan atau memulakan kembali perlawanan pada separuh masa kedua.  Selain itu, sepak mula juga dibuat selepas jaringan gol dilakukan dan ketika permulaan di setiap separuh masa semasa tambahan masa.  Jaringan yang berpunca daripada sepak mula adalah sah.


c.PROSEDUR
Semua pemain mestilah berada di kawasan mereka sendiri.  Pasukan lawan hendaklah berada sekurang-kurangnya 9.15m (10ela) daripada bola,semasa sepak mula diambil dan bola mestilah dalam keadaan pegun dan berada di tengah-tengah kawasan bulatan.  Selepas pengadil memberi isyarat mula, pemain tengah perlu membuat sepak ke hadapan untuk dihantar kepada rakan pasukannya yang lain.  Pemain yang mengambil mula tidak boleh menendang bola itu kembali sebelum ianya disentuh oleh pemain lain.  Selepas pasukan tersebut menjaringkan gol, sepak mula akan diambil oleh pasukan lawan.


=Undang-undang 9:bola masuk dan keluar


Pengadil akan menghentikan perlawanan sekiranya bola dikira keluar dari padang apabila melintasi garisan tepi, sama ada bola meleret di atas atau di udara garisan padang.


=Undang-undang 10:jaringan


Jaringan gol akan dikira apabila seluruh bola melepasi garisan gol antara tiang gol dan di bawah besi palang gol, dengan syarat pemain pasukan penyerang tidak melempar, membawa dan menolak dengan menggunakan lengan atau tangan.


Satu gol akan diperoleh dengan setiap jaringan.  Pasukan yang menjaringkan gol paling banyak gol akan dikira sebagai pemenang perlawanan.  Perlawanan akan dikira seri sekiranya kedua-dua pasukan menjaringkan jumlah gol yang sama semasa tempoh perlawanan.  Rajah di bawah menunjukkan contoh keadaan bola bagi menentukan jaringan gol.


=Undang-undang 11:ofsaid
Adalah tidak mejadi kesalahan semata-mata kerana berada di kedudukan ofsaid.  Seorang pemain berada di kedudukan ofsaid jika:


-dia berada lebih hampir dengan garisan gol lawan daripada bola dan pemain lawan yang kedua terakhir.


Seorang pemain tidak berkedudukan ofsaid jika:


-dia berada di kawasan permainannya sendiri atau
-dia berada separas dengan pemain lawan yang kedua terakhir atau
-dia berada separas dengan dua pemain lawan terakhir


a.KESALAHAN


Pemain yang berkedudukan ofsaid hanya dihukum jika pada ketika bola disentuh atau dimainkan oleh pemain pasukannya pada pendapat pengadil dia terlibat aktif dalam permainan dengan:


-mengganggu permainan
-mengganggu pemain pihak lain
-memperoleh keuntungan dengan berada di kedudukan itu


b.TIADA KESLAHAN OSFAID


Osfaid tidak dikira jika pemain menerima bola terus dari:


-sepakan gol
-lontaran ke dalam
-sepakan penjuru


c.PELANGGARAN DAN HUKUMAN


Untuk kesalahan ofsaid pengadil akan memberi sepakan percuma tidak terus kepada pasukan pihak lawan yang dibuat di tempat kesalahan berlaku.


UKURAN


i. Ukuran padang


Padang permainan mestilah berukuran segi empat tepat.  Ukuran padang permainan adalah bagi sekolah rendah adalah seperti berikut:


-Panjang :73.15m-82m
-Lebar : 54.86m-64.01m


ii. Kawasan padang


Untuk melancarkan permainan, garisan perlu ditandakan pada setiap kawasan padang untuk membezakan sesuatu kawasan.  Dua garisan panjang sempadan disebut garisan padang manakala dua garisan pendek disebut garisan gol.  Ukuran bagi semua garisan mestilah tidak melebihi daripada 12sm (5 inci) lebar.  Kemudian padang akan dibahagikan kepada dua bahagian melalui garisan tengah.  Kawasan bulatan di tengah padang mempunyai ukuran jejari 9.15m (10 ela).


iii. Ukuran tiang penjuru dan kawasan sepakan penjara


-Tinggi tiang tiang tidak kurang daripada 1.5m
-Lengkok penjuru (jejari 1m)


iv. Ukuran tiang gol


-Panjang :2.13m
-Lebar :6.40m


v. Bola


Bola mestilah berbentuk sfera dan diperbuat daripada kulit binatang atau bahan lain yang dibenarkan.  Lilitan bola yang ditetapkan oleh FIFA adalah 68 sm-70 sm dan berat bola dalam lingkungan 410 g - 450 g.  Bola yang digunakan untuk pemain dewasa ialah bersaiz 4.


PERALATAN DAN PAKAIAN


i. Pakaian sukan dan kasut yang sesuai bagi seorang pemain bola sepak.


ii. Saiz bola -4"


iii. Peralatan tambahan seperti kon, penanda, wisel dan bip.


PENGELOLAAN KEJOHANAN/SISTEM PERTANDINGAN


i. Pertandingan kalah mati


Pertandingan cara ini paling mudah dan ringkas dikelolakan.  Pemenang akan terus bertanding manakala yang kalah akan tersingkir.  Sistem ini sangat sesuai dalam mengelolakan pertandingan yang terdapat banyak penyertaan tetapi kekurangan masa, sumber kewangan, tempat, kemudahan, peralatan dan sumber manusia.  Sistem ini bukan caraa yang terbaik untuk mengukur keupayaan sesuatu pasukan atau peserta.


a.Kelebihan
-boleh dijalankan dalam masa yang singkat
-cepat memilih pemenang
-boleh dijalankan dengan peralatan yang terhad
-seronok untuk ditonton
-penyertaan ramai


b.Kelemahan
-pasukan yang menjadi johan, boleh jadi bukan yang benar-benar terbaik
-separuh daripada pasukan akan terkeluar selepas pusingan pertama
-kemungkinan ada antara pemain dari pasukan yang kalah langsung tiada peluang


Cara mengira bilangan pasukan atau peserta menunggu (bye).  Bilangan menunggu (bye) dalam sistem pertandingan ini boleh dikira dengan menggunakan angka ganda dua iaitu angka 2, 4, 8, 16, 32 dan seterusnya.


Contoh 7 pasukan yang bertanding.  Angka yang lebih dari 7 ialah 8.  Maka 8 ditolak 7 ialah 1.  Oleh itu bermakna ada 1 pasukan menunggu (bye). 


ii. Pertandingan liga


Merupakan satu-satunya pertandingan yang sesuai dijalankan sekiranya pertandingan ini bertujuan memilih pasukan yang terbaik.  Perkara-perkara yang perlu diambil perhatian:


-Masa yang mencukupi
-Kewangan yang ada
-Bilangan pengadil
-Kemudahan dan peralatan yang ada


Pertandingan boleh dijalankan dalam


-Liga satu pusingan
-Liga berkumpulan
    

No comments:

Post a Comment