Friday 2 December 2011

44.UNDANG-UNDANG BOLA SEPAK

Bola Masuk dan Keluar
Seluruh bahagian bola perlu melepasi garisan tepi atau garisan gol

Jaringan Gol
Apabila seluruh bahagian bola melepasi garisan gol pemenang di tentukan dengan jaringan gol yang terbanyak.

Kesalahan yang Dilayangkan Kad Kuning
(a)tidak menunjukkan semangat kesukanan.
(b)membantah/menyangkal keputusan pengadil dengan perlakuan atau kata-kata
(c)melanggar peraturan secara berterusan.
(d)melambatkan permulaan perlawanan
(e)gagal menghormati jarak yang diperlukan semasa permainan bermula dengan sepakan sudut atau sepakan percuma
(f) keluar atau memasuki semula padang tanpa keizinan daripada pihak pengadil
(g)sengaja meninggalkan padang permainan tanpa keizinan daripada pihak pengadil

Kesalahan yang Dilayangkan Kad Merah dan Dibuang Padang
(a)perbuatan tidak jujur yang serius seperti menggunakan kekerasan yang berlebihan
(b)perlakuan yang ganas di dalam atau di luar padang
(c)meludah ke arah pemain lawan atau sesiapa sahaja
(d)sengaja menghalang peluang untuk menjaringkan gol dengan menahan bola dengan menggunakan tangan dalam kawasan penalti
(e)menggunakan kata-kata atau isyarat yang kasar dan kesat
(f)menerima amaran kedua (kad kuning yang kedua) dalam perlawanan berkenaan.

1 comment:

  1. Terima kasih untuk segala perkongsian. Sangat-sangat membantu :)

    ReplyDelete