Friday 2 December 2011

45.SEJARAH FUTSAL

Sejarah Awal
*1930 Dikatakan bermula di Montevideo,Uruguay
*Diperkenalkan oleh Juan Carlos Ceriani
*Versi 5 lawan 5 dimainkan di atas gelanggang seluas saiz gelanggang bola keranjang
*Dimainkan di luar dan di dalam dewan tanpa dinding tepi
*Futsal berasal daripada perkataan Sepanyol atau Portugis iaitu futbol atau futebol dan perkataan dalam dewan berasal dari Perancis atau Sepanyol iaitu salon atau sala
*Di Amerika,futsal dikenali sebagai Mini Soccer sebelum dipanggil futsal

Perkembangan Futsal
*permainan futsal dikenali sebagai permainan 'lima sebelah'
*futsal berkembang pesat di seluruh Amerika Selatan terutamanya Brazil
*Pele,Zico,Socrates,Bebeto dan pemain Brazil yang lain,membangunkan kemahiran bermain bola sepak mereka dengan bermain futsal
*1965 Paraguay memenangi pertandingan antarabangsa pertama The First South American Cup
*Brazil memenangi kesemua pertandingan yang dianjurkan selepas tahun tersebut hingga tahun 1979
*1980 Brazil sekali lagi menjuarai The First Pan American Cup dan turut menjuarainya pada tahun 1984
*1982 Pertandingan dunia pertama The First Futsal World Championship diadakan di Sao Paulo telah dimenangi oleh Brazil
*pertandingan dunia seterusnya diadakan di Sepanyol (1985),Australia (1988)
*FIFA mengawal sepenuhnya pertandingan dunia di Holland (1989),Hong Kong(1992),Sepanyol(1996),Guatemala(2000) dan di Taipei (2004)

Pertandingan Futsal di Peringkat Dunia
*1982-FIFUSA World Futsal Championship dianjurkan setiap 3 tahun sehingga tahun 2000
*2002-AMF World Futsal Championships diperkenalkan
*2003-dianjurkan setiap 4 tahun
*1989-FIFA Futsal World Cup diperkenalkan dan dianjurkan setiap 4 tahun

Pertandingan Futsal di Peringkat Asia
*1999-AFC Futsal Championship melibatkan pasukan kebangsaan negara-negara Asia.Dianjurkan setiap tahun
*2005-Asian Indoor Games Futsal Championships dianjurkan setiap dua tahun
*2001-ASEAN Futsal Championship diperkenalkan.Dianjurkan setiap dua tahun pada 2003 dan 2005.Sejak 2006,pertandingan ini dianjurkan setiap tahun

No comments:

Post a Comment