Friday 2 December 2011

48.UNDANG-UNDANG FUTSAL

Faul dalam Permainan Futsal
(a)sepakan bebas terus
(b)sepakan penalti
(c)sepakan bebas tidak langsung
(d)sepakan penalti selepas 5 jumlah penalti
(e)sepak masuk
(f)pembebasan gol
(g)sepakan sudut
(h)tempoh lebih masa

Kesalahan yang Dilayangkan Kad Kuning
(a)pemain gantian memasuki gelanggang dari kawasan yang salah atau sebelum pemain yang digantinya meninggalkan gelanggang
(b)pemain secara berterusan melanggar peraturan permainan
(c)pemain menyangkal/membantah keputusan pengadil
(d)tidak menunjukkan semangat kesukanan
(e)melambatkan permulaan perlawanan
(f)gagal menghormati jarak 15 kaki yang diperlukan semasa melakukan sepakan percuma
(g)sengaja menghalang penjaga gol daripada melakukan sepakan atau hantaran

Kesalahan yang Dilayangkan Kad Merah dan Dibuang Gelanggang
(a)perbuatan tidak jujur yang serius seperti menggunakan kekerasan yang berlebihan
(b)perlakuan yang ganas di dalam atau di luar padang
(c)meludah ke arah pemain lawan atau sesiapa sahaja
(d)sengaja menghalang peluang untuk menjaringkan gol dengan menahan bola dengan tangan dalam kawasan penalti
(e)sengaja menghalang peluang penjaringan gol dengan melakukan satu kesalahan
(f)menggunakan kata-kata atau isyarat yang kasar dan kesat
(g)menerima amaran kedua (kad kuning yang kedua)dalam perlawanan berkenaan

Kesalahan Jurulatih atau Penonton yang Boleh Dibuang Gelanggang
(a)berkelakuan kasar
(b)menggunakan kata-kata kasar atau kesat
(c)diberi amaran kedua (kad kuning yang  kedua) 

No comments:

Post a Comment